Monday, November 4, 2019

Phnom Penh, Cambodia

Hai, berjumpa lagi kita dalam entri terkini di pengakhiran tahun 2019. Di mana ade banyak percutian dalam dan  luar negara yang Sis tak coretkan dalam blog yang berkurun lamanya tak bukak.

alhamdulillah selamat terbang dan mendarat dari negara Cambodia (Kemboja). Percutian pendek hanya 4 hari tapi padat dengan aktiviti. macam biasa jiwa backpacker, kali ni couple trip sahaja. Tiket penerbangan AA pergi balik kali ni adalah tiket tebus hasil kumpul point,.. dalam 15k point yg digunakan. 

KUL - PNH 6.55am
REP - KUL 8.30am

setelah sekian lama tak naik flight, AA banyak buat sistem self service.  Last naik flight pada march 2018 ke Lombok dgn anak2. terasa bodoh seketika hahaha.. mujur la awal 30minit sbb tiket ade problem. Awal tahun hari tu sis ke Selatan Thailand dgn drive truck kesayangan menyeberang sempadan bawa anak2 bercuti ke Hatyai dan Satun. So,.. banyak yg tak tahu.. InsyaALLAH jika berkelapangan kita buat satu lagi entri dan paste link kt sini.


fly memakan masa dua jam termasuk take off n landed. waktu tempatan sejam awal. sampai ke bumi cambodia sekitar 8.30am. sangat mudah dan cepat urusan di Lapangan terbang. waktu solat agat cepat, subuh pada 4:44am, syuruk 5:50am zohor sekitar 11:38am, asar 3:25pm, maghrib 5:38pm dan isyak 6:55pm


ok kat sini nak share sedikit pengalaman sepanjang berada di Phnom Penh. Biasanya travel mmg akan banyak menggunakan kaki kurniaan Ilahi, plan asal sis sampai je di PNH benda pertama nak buat adalah beli simkad tempatan. Alhamdulillah ade pakej 3hari unlimited internet pada harga USD3. ya, cambodia menggunakan matawang KHR (cambodian Riel) atau Khmer riel dan juga USD (unites states dollar). tapi memang malang seribu kali malang, sony xperia xz3 tak support. jadi terpaksalah guna phone Hubby Her💋 Oppo A3. sadis betul sebab tak support utk hotspot. jadi plan telah berubah 360°,  terutamanye nak tengok grab la. rate airport mmg jauh beza. bermula daripada USD9.. mmg tidak la sbb hanya 10KM sahaja nak ke guesthouse.
 langkah selamat kiteorg keluar daripada airport. cari tuk tuk luar tapi tawarannye sekitar USD10. Setelah line masih tak berapa nak stabil nak book grab, dtg sorang ni bg USD7 tawar nak USD5,..lepas tolak tarik tawaran dia mintak USD6. deal. mahal jgk tu ooo convert MYR jadi RM25+/- (USD1:MYR4.18) perjalanan daripada airport ke pusat bandar phnom penh 38minit (untut pungkuqs sisturrr)

Mujur blh check in awal. masa nak check in tu, ade sorang mamat ni tawarkan tuk tuk sehari USD25. mmg tidak la aku nak bayar semata jalan kat phnom penh yg dekat dekat lokasi kawasan menariknya. sementara check in partner sis kena saiko dgn mamat ni.. byk pencopet la, bahaya la, setau nye sebelum pergi dah search.. takde pun kisah kisah penipu macam kat Malaysia terutama penyeluk saku. tapi sis tetap dgn pendirian sis tak mau tuk tuk sbb lokasi sangat dekat tapi satu benda je yg buat spoil masa tu. INTERNET memang bergantung sepenuhnye pada partner yg search tapi tu lah kan... kurang kecekapannye hahahaha. pstt dia tak baca pun blog sis ni.

so menapak ke National Museum of Cambodia... blog kate free tapi actually USD10/person. akhirnye just keliling building amik gambar jelah hahahha.. 

seterusnya nak ke royal palace sebab berdekatan tapi mamat yg sama muncul lagi, dan dia keep remind sis tentang barangan yg sis bawa.. ko nak secure macam mana lagi. tapi teruskan berjalan sambil tengok maps yg dah print out. tapi sbb kecik takde nama jalan agak mengelirukan, tambahan dia push lagi dgn tawaran USD15.. bila dgr sehari santak dia bawa beberapa tempat. so decide ok - boleh. bawa kami ke tepi sungai Mekong tempat orang ramai beriadah berhadapan dengan royal palace park, kemudian lalu rumah presiden, dan singgah di Independent Monument untuk bergambar.




 dah puas bergambar, perut pun dah lapar tapi nak jengah central market, tapi dikatekan situ mahal (mahal atau tak dapat komisyen?) dia bawak sis ke russian market .. ok la tak pe janji market kot ade benda blh beli... memula sampai tu.. nampak macam russian market kat vietnam.. dah rasa nak menyumpah.. dia kate dalam lagi,... ok baru nampak cambodian product..

ini lah sis nak,.. produk tempatan yg bile kita bagi org tu ade perbezaan gift dgn negara negara lain... kat sini terkenal dgn suteranya selain khmer sutera (scarf diaorg buat balut leher ke hidung ke tak tau la) ada juga kain pasang. bukan la minat sis menyoping ni.. benda penting adalah fridge magnetic, tapi sistur beli scarf sutera dia yg cantik cantik tu... harge je tak boleh nak beat kt angkor watt hanya USD2 kat sini dia letak USD6 above kecuali amik byk dia kautim lg sket harga.

nota sampingan, bila berurusniaga di sini USD mmg nampak senang sbb angka kecil tapi sebenarnye kita agak tertipu value. nasihat, sila la tukar duit Riel, anggar MYR10 = KHR10,000. sebenarnye senang guna duit diaorg lagi dan jauh jimat. untuk transportation install la Grab apps dan amik tuktuk sangat murah. jgn la amik tuk tuk jalanan tu penipu kuat.. scammer diaorg lain.. dia tak mencuri nyata, dia cuma goreng harga je.

selepas dah menjahanamkan duit, perut pun lapar suruh la mamat tu bawak kedai makan kemboja sbb nak makan makanan sini. so dia bawak la kiteorg ke Halal Restaurant. rate murah banding tmpt lain satu meal USD2.5
 loklak fried rice
kuyteav soup

yang best dia makan pun kite bayar hahahaha.. dasat penipuannye.. dia cakapkan org, sebaliknye dia sendiri yg menipu tapi disebabkan dia muslim, sis ok je.. paling best dia tak cakap pun awal2 kite kena bayarkan... whatever lagipun partner kite kate ni tmpt org.. karang tak balik mesia plak hahahah.. choiiii...

tamat aktivit hari pertama.

untuk ke entri seterusnya blh klik sini 👉phnom Penh, Cambodia part II



No comments:

Post a Comment