Tuesday, November 26, 2019

Warung Abu Ji Dan

yeah,..

Moh kite review sket menu di Warung Abu Ji Dan yang terletak di Kg melayu Sg Buloh ni.


Terpanggil nak test menu setelah ada sahabat yg share dalam group whatsapp. Menu seperti ini memanglah fav sistur, macam nasi kukus tu. Terima Kasih atas photo waktu siang yg saya amik dari group. kerana signboard pada waktu malam terlindung sedikit dek cahaya spotlight kuasa voltan tinggi.


ada 4 set menu utama yg dipertaruhkan Abu Ji Dan ni,

  • set ayam kampung sambal hijau
  • set keli goreng sambal hijau
  • set ayam dara sambal hijau
  • set sup kambing 

malam ni sis cuba set nasi ayam kampung sambal hijau, set sup kambing bersama nasi atau roti (terlalu gelojoh sampai lupe nak snap gambar) dan juga set nasi ayam dara utk anak2 (maaf gambar tak ada hahahaha masing2 lapar jadi betulkan perut dulu baru fikir yg mana da terlambat pun nak diselamatkan.





selamat mencuba ya .... mudah2an peniaga kita berjaya dan mengekalkan rasa menu ni. sambal boleh upgrade sket lagi utk rasa lebih umphh...

Wednesday, November 6, 2019

Hatyai & Satun, Thailand.

Hatyai dan Satun menjadi lokasi pilihan percutian kali ni. 

"Niat hati Sis pada awalnye propose kat suami kelilingi Malaysia dengan Navara D40 bermula daripada Shah Alam, bermalam di Cherating, kemudian singgah pengkalan Kubor (bermalam di sana pula) rentas sempadan Thailand masuk Tak Bai melalu Narathiwat, naik ke Pattani dan keluar semula melalui Padang Besar tanpa bermalam. (ingat nak lalu saje, sebab cuti CNY ada 4 hari saje). 

Setelah Sis propose dgn peta dan maklumkan trip, esoknya partner rombak semula ittinerary. Habiskan cuti fokus Selatan Thailand. (rupe2nye dia da siap mesej pomen terkenal di kalangan kelab truck kat sana) nak upgrade enjin Navara." πŸ˜‹

ok bermulalah perjalanan,...

1 - 5 FEBUARI 2019
CUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

1 Feb, 2019 (Jumaat) Kami gerak jam 11pm ikut pintasan Rawang - Kuala Lumpur. jalan sangat sesak terpaksa lalu laluan yg tersasar sedikit dan ikut jalan lama dan masuk Plus Hiway Utara Selatan di Behrang. 

2 Feb, 2019 (sabtu) Subuh di Jitra, Kedah. 


Berhenti untuk insurans kenderaan, register geran dsbg di Changlun,Kedah. 




Setelah berfikir, kami tukar haluan terus dari Changlun ke Wang Kelian utk masuk ke Thai. Alhamdulillah mudah sangat dan cepat bila kita masuk melalui Wang Kelian tapi sebelum masuk ke sempadan, ade dua post askar kena tempuh dan cek kenderaan dan jawab beberapa soalan basic, oleh kerana masa tu sis yg drive truck jadi askar kita takde banyak soalan, plus kami bawak anak2.

Imigresen ke Hatyai hanya sejam perjalanan. sampai 12pm, dan berpusing mencari hotel sementara Pong (Si pomen terkenal Thai Malaysia) dah menanti di sana untuk amik Navara.


letak beg dan keluar semula berjalan kaki, mujur tak berapa jauh dari hotel ada kedai makan muslim alhamdulillah sedap, cuaca nye sangat panas sama macam Malaysia,.. perit rasa muka. takde mood nak amik gambar dah masa ni. ahaks.. lepas makan berjalan sekitar bandar dgn berjalan kaki (area berdekatan hotel) dan bila anak da mula meragam kita pun balik hotel ukt mandi solat, kami bersiap2 utk ke bengkel Pong, manakala anak2 tinggal di hotel seketika tak mau ikut dah sbb tak menarik katenye..

Mencari bengkel, paling best da search thru maps,.. bagi la kat tuk tuk... sikitt punye jauh dia bawak daaa... aku dah cuit laki.. dua kali pusing.. cakap tau tapi arammmmm...membangkitkan kemarahan hati sis je, sis cakap kite turun sbb sis paham baca maps... walaupun agak jauh juga menapak... yg penting masa. alhamdulillah kereta da siap upgrade.. partner sis bagi sis bawak dulu dalam bandar. Tapi dari wang kelian pun sis yg drive.. Ya Allah lain nikmatnye memandu kat Selatan Thai... seronok giler ..nak nak bile enjin da ringan.. haha



ok malam lepas usai solat bagai,.. bawak anak2 ke Greenway market, serius sis cakap,. di Thailand ni tak berapa menarik nak shopping kalau tak kena tempatnye, jadi kami sekadar berjalan dan makan. 



3 Feb, 2019 (ahad) keesokkan harinya, kami ke Kim Young market. di sini lah bermulanya era menunggu sampai krem sis ulang alik dik kerana partner sis dgn anak 2 org sesat. dah la sis takde duit seposen pun, haus dan lapar usah cakap. oleh kerana tak biasa, dan kerana ade kenderaan kiteorg bajet parking sama mcm kt Mesia, rupenye ade hari hari tak blh park tepi. kena park dalam building atau hotel.. ok la tak kisah, sis menghafal laluan nak ke Kim yong market.. pergi takde masalah,... lulus... masa balik entah bila ketika partner sis dan anak 2 org terlepas pandang dia ikut laluan lain. bayangkan hampir 2 jam sis tunggu kat mall parking kereta. setelah hampir sejam setengah jam br dapat wasup.. mencilok wifi hotel kata dia dan bila semak lokasinye.. fuh, dah berjalan sekilo jauh dari lokasi central mall. sis ckp amik tuk tuk ke central mall.. uols tau... tuk tuk bawak pergi ke central shopping ... krik krik. 



ok dah boleh move on bila da re-united, wlpn sakit ht tapi gembira jgk la sbb da blh pegi makan .. makan la dengan lahapnya di halal restraurant.. tak amik gambar pun sbb masa ni sis da tak tentu arah wallet sis hilang, sedar masa ke toilet... ini lah masalah org pelupa... tak blh kena ganggu kalau tgh buat sesuatu... bila recall balik beru teringat masa beli mineral lepas kira posen posen tu cukup.. partner sis call jadi terletak wallet atas kaunter dan bla mcm tu je. orang Thai jujur.. so jgn la risau akan hal mencopet kt sana,.. di sana makanan murah segala benda murah, jadi rakyatnye cukup makan cukup pakaian.

lepas je makan terus menuju ke cable car Hatyai City. luangkan masa kat sini naik cable car yg perlahan dan hanya ade dua buah gondola sahaja. mujur tak krem macam Malaysia... harga tiket uols search la kt google. dah lupe.





menuju ke Floating Market Hatyai, sini dah macam pusat bandar,... nak beli gift kat sini lah, banyak dan besar, selain cuaca panas terik sampai nak bukak mate pun susah. makanan kat sini xde la awesome pun rasanya.. so so je...  org kate pegi Thai cari makanan,.. tapi sis tak cari pun ahaks. sbb makanan original Thai adalah Tomyam, sup, bubur, somtam, sama macam kat Malaysia, dimsum pun same tekak sis duk teringatkan dimsum chinese muslim kat tesco shah alam je.




 Hubby HerπŸ’‹ tempah sticker.. tah bile nak tampal kat kereta pun tak tau lah..

selepas kenyang dan tak tahan kepanasan, terus gerak ke Big - C, kat sini lah kiteorg dapat makan kedai muslim Thailand asli (tak blh berbahasa hanya Thai sahaja) sikit punye la susah nak order.. terpaksa guna google translate audio,... kahw padd.. hahaha sedap ya amattt nasik goreng org tua ni... 


 4 Feb, 2019 (isnin) sebelum gerak keluar Hatyai, ke Kim Young market sekali lagi menaikki tuk tuk (rm2/kepala) memikirkan murah pulak segala kekacang dan paling dicari adalah nangka kering, itu sangat rare dgn niat nak sedekah sanak saudara, mak, adik beradik, nangka kering takde kat Malaysia tau. Malangnya habis stok plak. Dah tu beli la tah ape2 buat tambahan.



Pulang ke hotel, berkemas dan teruskan perjalanan ke Satun, menuju ke Ikhwan IFC, slow pulak servicenye,..Mujur Gleam Resort hotel seterusnye ade kolam mandi. Anak pun dah tak syabar nak terjun tiruk.






 yeay,. dah kenyang terus ke Gleam Resort untuk check in,.. cantik sangat macam dalam kebun dan taman, cuma kawasan tu baru dan pokok masih kecik, cuaca panas sikit air cond lambat nak sejuk....



 petang di hotel sis down giler sebab baru sedar barangan borong di Kim Young Market tertinggal.. rasa tak mau keluar bilik dah. Heartbroken tu perghhh pedih weiii... beli tu mmg niat. Niat nak bagi org makan, tapi lagi sekali Allah cakap takde rezeki... asben pujuk2 ajak keluar,... dia bagi sis duit hahahaha tapi ade duit pun tak guna dah masa tu sbb kim yong tu kat Hatyai. Itu namanya Allah yg menentukan segalanya,. aturan cantik... dalam frust tu ternampak pasar malam, ajak singgah.. takde yg menarik pun.. tapi duduk la tepi sambil makan dan tunggu partner sis bawak anak cari toilet.. x lame asben ajak ke kedai makan.. dia cakap tokey ajak makan free,.. dia tgh buat kenduri. dalam rasa tak rela tu pergi la jgk,... minum teh dan makan roti canai... ye sangat sedap.. disebabkan tokey ni lah sis tergerak tanye kalau kat satun ni ape yg boleh dibeli bagi la dia contoh kacang yg sis tinggalkan tu.. dia yg bgtau tentang usahawan simpulan kasih terkenal... area Che Bilang.


 lepas check out, gigih cari che bilang... dua kali pusing, last2 berenti tepi tanya peniaga.. rupenye kena masuk ke dalam berjalan kaki... layanan diaorg mmg first class... kite pun order la 3kilo. Kelihatannye banyak, hahahahah rupenye 3 kilo tu celah gigi je. aduhaiiiii.... menyesal menyesallll sbb kat sini punye simpulan kasih tu blh tumbuh lumut sbb tak berapa minat.

setelah membeli, gerak terus ke Tanyong Po. bagi bdk2 main laut kejap air dia jernih giler.. cantik sangat.. tak rugi singgah.





Sebelum keluar dari Satun, singgah solat dan terus menuju pulang ke sempadan melalui Wang Kelian, (nak cepat lenggang dan mudah) jadi tak merasa lah Padang Besar (niat je nak lalu) tapi memikirkan nak balik ke Selangor beratus ratus Kilometer..............

Goodbye Thailand.


Tuesday, November 5, 2019

Gili Trawangan, Lombok, Indonesia.

assalammualaikum 

percutian ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia. Bercuti pastinya seronok , bukan?tambahan pula, ini lah kali pertama bawa anak2 keluar dari Malaysia. Sepakat anak2 memilih Gili Trawangan, Lombok sebagai tempat percutian mereka. 

17-20 march 2018

tahu saje lah kerenah anak2 kecik bila travel sejauh 3.5 jam dalam pesawat. Sis mmg kurang gemarkan gadjet, jadi mintak masing2 bawa alatan menulis mewarna dan buku kosong untuk di isi pada masa lapang, tapi akhirnya semua tido dalam penerbangan kerana awal2 pagi dah kena ke KLIA2. 
Keterujaan masih belum terasa, suasana di lapangan terbang Lombok tidak menggambarkan betapa cantiknye laut hehe.. jadinye kenalah bersabar dgn kerenah. Beritahu mereke inilah yang dinamakan travel, nikmatinye kerana ia akan menjadi kenangan buat mereka.


 singgah untuk menikmati makan tengahari, disebabkan percutian ini telah berlalu hampir dua tahun, banyak nota nota penting tak tercatit dalam diari.
Pertamanya, percutian ni berlaku kerana meraikan anakanda sulong yg telah tamat 8 juzuk al-quran pada tahun pertama persekolahannya (2016) dan terus menghafaz 16juzuk untuk tahun kedua (2017). Pada tahun ketiga di Tahfiz AL-Quran Muhammadi, 24 juzuk berjaya di hafaz (2018). maka dengan itu kami lunaskan perjanjian tersebut, syukur alhamdulillah segalanye telah pun berlalu dan melihat anak2 gembira itu satu kepuasan.


dari airport ke Teluk Bangsal pada harga RM90, dan amik bot laju ke Pulau Gili Trawangan bayaran utk bot pun dah tak ingat berapa kalau tak silap x sampai RM100 utk semua tapi bayaran pergi dan balik. Tak ambil masa yang lama untuk sampai ke pulau sekitar 10-15minit sahaja. Macam biasa booking hotel Oceano Jambuluwuk melalui booking.com, 4D3N untuk Rp 4,808,200 (MYR1,200) rate pertukaran pada tahun 2018, sekarang jadi MYR1,400.. fuh banyak nye turun nilai Ringgit kita ni.. 


 sesampainye di Pulau, sepatutnya terus sewa basikal untuk ke hotel kerana hotel agak jauh daripada Baiturrahman (pusat pekat), tapi memilih untuk berjalan kaki dahulu untuk check in hotel, baru keluar untuk melihat lihat apa yang ada di sekitar termasuk menyewa basikal bg memudahkan dan mempercepatkan pergerakkan. tak mau sewa kereta kuda (kesian kat kuda) hahaha mahal oiiii membazir.


sambil2 melihat pakej snorkling yang ditawarkan, ulang dan alik ke pekan dan hotel. suasananya pada waktu siang sangat meriah, kita boleh keliling pulau dengan basikal tapi agak memenatkan kerana pulau boleh tahan besar. Malam di sini shutdown. jam 7 da kosong tiada kedai yg buka selain hiburan hotel yg ade live band.

Utk basikal kami sewa 3 unit, tapi berapa kadar sewaannye dah lupa, entah kenapa, cacatan pun tak ditemukan didalam diari untuk percutian kali ini. Apa yang pasti ke Gili Trawangan sangat mudah. apa yang penting cari maklumat terlebih dahulu tentang harga di blog2 untuk kita tawar menawar. Selain bahasanya juga mudah dan tiada masalah komunikasi.


  

Apa yang pasti, pakej snorkle jangan lupa




 walaupun laut agak bergelora dan menakutkan kerana ini kali pertama snorkle ke laut lepas tapi kita mesti cuba, anak2 semua lakukan aktiviti bersama kecuali yg kecil dia lebih banyak berpaut pada Sis. hahahahaha...



percutian selama 4 hari di sini agak puas sebab tak banyak aktiviti selain bermain laut, snorkle, berbasikal, berkereta kuda. menarik di sini tiada kenderaan bermotor termasuk motosikal, sepenuhnya basikal dan kereta kuda. 




sebelum balik kita singgah ke Senggiri untuk beli cenderahati sebelum pulang ke Malaysia. Anak sulong minat buat persembahan nasyid, jadi kita beli la satu gendang buatan Lombok hehehe



sementara menunggu flight, kita buka nasi istimewa tapau di Gili Trawangan dan makan dulu sebelum ada yang menjerit kelaparan.

Memandangkan tiada cacatan tentang ke Lombok secara bertulis, jadi setakat sini sajalah, kita jumpa di entri akan datang,...

Monday, November 4, 2019

Siem Reap, Cambodia

Welcome back,..

Jom,..  Pengalaman di Siem Reap pada 2 November 2019 (Sabtu). Hari ini Sis dah booking Full day Angkor watt Tour Guide berbahasa Ingeris (USD33) tapi sebelum tu kita review sikit tentang Tourist Sleeping Bus dari Phnom Penh ke Siem Reap.

Tourist Sleeping Bus ni sis dah booking tiga bulan awal setelah beberapa kali keluar masuk website cari kaedah transport paling murah. sebab tu pada 1 nov just amik hotel murah tanpa aircond. hotel USD5.70 + tiket bas USD32/2 person.

bas pun agak selesa, toilet tersedia kerana bas tak berenti kecuali untuk tukar driver. Bas sampai, terus naik (kasut buka) dia bagi mineral water n wipe tissue (utk lap muka bangun pagi). 11.30pm - 6.15am perjalanan. Lancar dan tiada gangguan lansung.. tak dgr dengkuran pulak ... sebab dua tige kali terbangun sbb partner sis tido tak reti diam hahaha.

Terminal Bus di Siem Reap : Borey Seng Nam Road, Phum Kna, Sangkat Svay Dankun, Krong Siem Reap

selepas mandi koboi dalam toilet office Giant Ibis, booking tuktuk grab KHR8700 tapi tak cukup KHR200.. driver kate tak pe. hehehe.. 10 minit perjalanan dari terminal ke Viva Hotel. Memandangkan tak blh nak check in awal, kite mtk drop beg jelah.. bawa yg penting.. email menyatakan Ejen akan pick up around 7.45 - 8.30am... baru nak duduk login wifi.. 7.35am da sampai ejennye. so ke office easy tour dahulu (tempat berkumpul) setengah jam menunggu, Tour Guide kiteorg Mr Touch (dia yg eja sendiri nama dia) pun sampai..
 inilah basnye. sangat selesa dan group kami ade 15 orang. fance (3), England (2), Singapore (2-origin India), thailand (2), Malaysia (2), Canada (1), Korea (1), Vietnam (2)
Tiket masuk 1 hari valid sehingga 7pm
Kaunter Tiket Angkor Wat


First, kena beli tiket dahulu USD37/person di kaunter tiket. Kembali semula ke bas dan terus menuju ke Angkor Watt tempat yang paling aku teringin nak sampai untuk melihat sendiri seni bina budha. dengan keluasan 162.6 hektar angkor wat merupakan tempat beribadah terbesar bagi agama hindu ketika itu. pada zaman tersebut hindu dan budha seperti satu aliran kepercayaan agama, which is aku tak berapa nak faham sebab dia ade unsur budha dan unsur hindu.

Angkot Wat

Bercita cita nak menyaksikan sendiri walaupun satu lokasi daripada 7 keajaiban  yang tertua di dunia.. Angkor Wat, bukan nak mengagungkan.. tapi seni bina dan juga betapa lamanye menumen tersebut tegak berdiri kukuh, walau bagaimana pun, selepas 1 januari 2020 prasat Bayon akan diruntuhkan dan digantikan sepenuhnya dengan struktur baru. kerana ia agak membahayakan bagi pelancong yang datang melawat.. 

selepas beberapa jam menjelajah Angkor Wat yang luas, Tour Guide bawa makan tengahari, jelasnye restoran itu bukan lah untuk muslim. memandangkan aku sudah bersedia dengan situasi tersebut aku teng terenggg...dari poket ajaib dua cup Megi extra saiz hahahaha... order latte air panas dan juga nasi sepinggan.. 


ok jom kita lawat angkor seterusnya. Prasat Banteay Kdei adalah lokasi seterusnya. 







kemudian melepasi Ta Prohm, Di Sini lah lokasi shooting Tomb Raider lakonan Angelina Jolie dilakukan. Apa yang lebih menakjubkan adalah kesenian pokok tumbuh dicelah bata menumen dan ianya berusia beribu tahun!!! Agungnya keindahan alam yang Engkau ciptakan untuk manusia berfikir.



belum sempat usai jelajah hujan dan petir melanda,.. redah hujan dgn berlari keluar dari kawasan prasat.. malangnya aku tersalah laluan hahaha rupenye ada dua kawasan bas menunggu. agak jauh jgk la menapak ke bas parking. terpaksa cakap "Sorry Guys make you waiting .. πŸ™ˆ"

pintu masuk South gate Angkor Thom complex

Kini kita berada di pintu gerbang yang cantik, untuk ke Prasat Bayon, masuk dan keluar ada 4 gate yang boleh dilalui, dan kami melalui South Gate




Di Bayon ni lebih banyak wajah patung budha. tapi kita tidak mengabdikan bersama... just beberapa ukiran seninye agak halus dan cantik. selesai sahaja di sini... dengan pakaian basah kasut dan stokin yg sejuk, kita terus menuju ke lokasi terakhir. 

Phnom Bakheng, berada di atas puncak bukit atau gunung (kalau ikut dalam pamplet ni dia tulis mountain.. tapi tak kisah lah.. jom kita panjat dan lihat indah ke tidak pemandangan sunset dia.



walaupun agak letih kaki menapak tapi kita mesti gigihkan semangat, kerana tidak akan kembali lagi melainkan FREE. peluang dan masa itu kita gunakan sebaiknya untuk diabadikan dalam hidup sebelum menutup mata.
timelapse yang agak messy, stand tak bawak sebab berat.. yang akhirnya tangan jualah digunakan untuk bertahan selama 20 minit (itu paling lama dapat tunggu, penjaga angkor dah mula clearkan lokasi untuk tutup)

Berakhirlah jelajah Angkor Wat pada hari ini. Setiap percutian ada kenangan indah yang tersendiri. Aku bersyukur pada Mu ya ALLAH dengan kurniaan ini. Jika direzekikan, Taj Mahal menjadi tumpuan perlawatan seterusnya tapi entah bila tahun.

Di hantar pulang ke hotel, check in, bersihkan diri dan sebagainya, malamnya jelajah pekan Siem Reap mencari Self service laundry, malangnya tiada perkhidmatan self service. yg ada hanyalah khidmat dobi tapi jam 9pm kedai dah tutup.

manakala kedai makanan halal di siem reap juga agak meragukan, walaupun tertera chop halal, bila bertanyakan kepada tuan kedai jawapannye agak mengecewakan. Jadi sebelum anda duduk dan order perhatikan dahulu pekerjanya dan paling mudah bertanya terus. Jadi malam itu, kami hanya makan bihoon segera Faiza hehehe.. 


Night market juga berdekatan, tapi sistur tak amik gambar pun sebab penat menapak mencari dobi dan patah semula ke hotel sejauh 2.8km. sesampai hotel terus rebah tidur, terjaga jam 11.30 keluar jam 12 kedai dah tutup ... tapi ada sisa kedai yg masih buka sis tambah cenderahati untuk bonda.

esoknya kami pulang ke tanah air tercinta.