Monday, November 4, 2019

Siem Reap, Cambodia

Welcome back,..

Jom,..  Pengalaman di Siem Reap pada 2 November 2019 (Sabtu). Hari ini Sis dah booking Full day Angkor watt Tour Guide berbahasa Ingeris (USD33) tapi sebelum tu kita review sikit tentang Tourist Sleeping Bus dari Phnom Penh ke Siem Reap.

Tourist Sleeping Bus ni sis dah booking tiga bulan awal setelah beberapa kali keluar masuk website cari kaedah transport paling murah. sebab tu pada 1 nov just amik hotel murah tanpa aircond. hotel USD5.70 + tiket bas USD32/2 person.

bas pun agak selesa, toilet tersedia kerana bas tak berenti kecuali untuk tukar driver. Bas sampai, terus naik (kasut buka) dia bagi mineral water n wipe tissue (utk lap muka bangun pagi). 11.30pm - 6.15am perjalanan. Lancar dan tiada gangguan lansung.. tak dgr dengkuran pulak ... sebab dua tige kali terbangun sbb partner sis tido tak reti diam hahaha.

Terminal Bus di Siem Reap : Borey Seng Nam Road, Phum Kna, Sangkat Svay Dankun, Krong Siem Reap

selepas mandi koboi dalam toilet office Giant Ibis, booking tuktuk grab KHR8700 tapi tak cukup KHR200.. driver kate tak pe. hehehe.. 10 minit perjalanan dari terminal ke Viva Hotel. Memandangkan tak blh nak check in awal, kite mtk drop beg jelah.. bawa yg penting.. email menyatakan Ejen akan pick up around 7.45 - 8.30am... baru nak duduk login wifi.. 7.35am da sampai ejennye. so ke office easy tour dahulu (tempat berkumpul) setengah jam menunggu, Tour Guide kiteorg Mr Touch (dia yg eja sendiri nama dia) pun sampai..
 inilah basnye. sangat selesa dan group kami ade 15 orang. fance (3), England (2), Singapore (2-origin India), thailand (2), Malaysia (2), Canada (1), Korea (1), Vietnam (2)
Tiket masuk 1 hari valid sehingga 7pm
Kaunter Tiket Angkor Wat


First, kena beli tiket dahulu USD37/person di kaunter tiket. Kembali semula ke bas dan terus menuju ke Angkor Watt tempat yang paling aku teringin nak sampai untuk melihat sendiri seni bina budha. dengan keluasan 162.6 hektar angkor wat merupakan tempat beribadah terbesar bagi agama hindu ketika itu. pada zaman tersebut hindu dan budha seperti satu aliran kepercayaan agama, which is aku tak berapa nak faham sebab dia ade unsur budha dan unsur hindu.

Angkot Wat

Bercita cita nak menyaksikan sendiri walaupun satu lokasi daripada 7 keajaiban  yang tertua di dunia.. Angkor Wat, bukan nak mengagungkan.. tapi seni bina dan juga betapa lamanye menumen tersebut tegak berdiri kukuh, walau bagaimana pun, selepas 1 januari 2020 prasat Bayon akan diruntuhkan dan digantikan sepenuhnya dengan struktur baru. kerana ia agak membahayakan bagi pelancong yang datang melawat.. 

selepas beberapa jam menjelajah Angkor Wat yang luas, Tour Guide bawa makan tengahari, jelasnye restoran itu bukan lah untuk muslim. memandangkan aku sudah bersedia dengan situasi tersebut aku teng terenggg...dari poket ajaib dua cup Megi extra saiz hahahaha... order latte air panas dan juga nasi sepinggan.. 


ok jom kita lawat angkor seterusnya. Prasat Banteay Kdei adalah lokasi seterusnya. 







kemudian melepasi Ta Prohm, Di Sini lah lokasi shooting Tomb Raider lakonan Angelina Jolie dilakukan. Apa yang lebih menakjubkan adalah kesenian pokok tumbuh dicelah bata menumen dan ianya berusia beribu tahun!!! Agungnya keindahan alam yang Engkau ciptakan untuk manusia berfikir.



belum sempat usai jelajah hujan dan petir melanda,.. redah hujan dgn berlari keluar dari kawasan prasat.. malangnya aku tersalah laluan hahaha rupenye ada dua kawasan bas menunggu. agak jauh jgk la menapak ke bas parking. terpaksa cakap "Sorry Guys make you waiting .. 🙈"

pintu masuk South gate Angkor Thom complex

Kini kita berada di pintu gerbang yang cantik, untuk ke Prasat Bayon, masuk dan keluar ada 4 gate yang boleh dilalui, dan kami melalui South Gate




Di Bayon ni lebih banyak wajah patung budha. tapi kita tidak mengabdikan bersama... just beberapa ukiran seninye agak halus dan cantik. selesai sahaja di sini... dengan pakaian basah kasut dan stokin yg sejuk, kita terus menuju ke lokasi terakhir. 

Phnom Bakheng, berada di atas puncak bukit atau gunung (kalau ikut dalam pamplet ni dia tulis mountain.. tapi tak kisah lah.. jom kita panjat dan lihat indah ke tidak pemandangan sunset dia.



walaupun agak letih kaki menapak tapi kita mesti gigihkan semangat, kerana tidak akan kembali lagi melainkan FREE. peluang dan masa itu kita gunakan sebaiknya untuk diabadikan dalam hidup sebelum menutup mata.
timelapse yang agak messy, stand tak bawak sebab berat.. yang akhirnya tangan jualah digunakan untuk bertahan selama 20 minit (itu paling lama dapat tunggu, penjaga angkor dah mula clearkan lokasi untuk tutup)

Berakhirlah jelajah Angkor Wat pada hari ini. Setiap percutian ada kenangan indah yang tersendiri. Aku bersyukur pada Mu ya ALLAH dengan kurniaan ini. Jika direzekikan, Taj Mahal menjadi tumpuan perlawatan seterusnya tapi entah bila tahun.

Di hantar pulang ke hotel, check in, bersihkan diri dan sebagainya, malamnya jelajah pekan Siem Reap mencari Self service laundry, malangnya tiada perkhidmatan self service. yg ada hanyalah khidmat dobi tapi jam 9pm kedai dah tutup.

manakala kedai makanan halal di siem reap juga agak meragukan, walaupun tertera chop halal, bila bertanyakan kepada tuan kedai jawapannye agak mengecewakan. Jadi sebelum anda duduk dan order perhatikan dahulu pekerjanya dan paling mudah bertanya terus. Jadi malam itu, kami hanya makan bihoon segera Faiza hehehe.. 


Night market juga berdekatan, tapi sistur tak amik gambar pun sebab penat menapak mencari dobi dan patah semula ke hotel sejauh 2.8km. sesampai hotel terus rebah tidur, terjaga jam 11.30 keluar jam 12 kedai dah tutup ... tapi ada sisa kedai yg masih buka sis tambah cenderahati untuk bonda.

esoknya kami pulang ke tanah air tercinta.







No comments:

Post a Comment