Tuesday, November 5, 2019

Gili Trawangan, Lombok, Indonesia.

assalammualaikum 

percutian ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia. Bercuti pastinya seronok , bukan?tambahan pula, ini lah kali pertama bawa anak2 keluar dari Malaysia. Sepakat anak2 memilih Gili Trawangan, Lombok sebagai tempat percutian mereka. 

17-20 march 2018

tahu saje lah kerenah anak2 kecik bila travel sejauh 3.5 jam dalam pesawat. Sis mmg kurang gemarkan gadjet, jadi mintak masing2 bawa alatan menulis mewarna dan buku kosong untuk di isi pada masa lapang, tapi akhirnya semua tido dalam penerbangan kerana awal2 pagi dah kena ke KLIA2. 
Keterujaan masih belum terasa, suasana di lapangan terbang Lombok tidak menggambarkan betapa cantiknye laut hehe.. jadinye kenalah bersabar dgn kerenah. Beritahu mereke inilah yang dinamakan travel, nikmatinye kerana ia akan menjadi kenangan buat mereka.


 singgah untuk menikmati makan tengahari, disebabkan percutian ini telah berlalu hampir dua tahun, banyak nota nota penting tak tercatit dalam diari.
Pertamanya, percutian ni berlaku kerana meraikan anakanda sulong yg telah tamat 8 juzuk al-quran pada tahun pertama persekolahannya (2016) dan terus menghafaz 16juzuk untuk tahun kedua (2017). Pada tahun ketiga di Tahfiz AL-Quran Muhammadi, 24 juzuk berjaya di hafaz (2018). maka dengan itu kami lunaskan perjanjian tersebut, syukur alhamdulillah segalanye telah pun berlalu dan melihat anak2 gembira itu satu kepuasan.


dari airport ke Teluk Bangsal pada harga RM90, dan amik bot laju ke Pulau Gili Trawangan bayaran utk bot pun dah tak ingat berapa kalau tak silap x sampai RM100 utk semua tapi bayaran pergi dan balik. Tak ambil masa yang lama untuk sampai ke pulau sekitar 10-15minit sahaja. Macam biasa booking hotel Oceano Jambuluwuk melalui booking.com, 4D3N untuk Rp 4,808,200 (MYR1,200) rate pertukaran pada tahun 2018, sekarang jadi MYR1,400.. fuh banyak nye turun nilai Ringgit kita ni.. 


 sesampainye di Pulau, sepatutnya terus sewa basikal untuk ke hotel kerana hotel agak jauh daripada Baiturrahman (pusat pekat), tapi memilih untuk berjalan kaki dahulu untuk check in hotel, baru keluar untuk melihat lihat apa yang ada di sekitar termasuk menyewa basikal bg memudahkan dan mempercepatkan pergerakkan. tak mau sewa kereta kuda (kesian kat kuda) hahaha mahal oiiii membazir.


sambil2 melihat pakej snorkling yang ditawarkan, ulang dan alik ke pekan dan hotel. suasananya pada waktu siang sangat meriah, kita boleh keliling pulau dengan basikal tapi agak memenatkan kerana pulau boleh tahan besar. Malam di sini shutdown. jam 7 da kosong tiada kedai yg buka selain hiburan hotel yg ade live band.

Utk basikal kami sewa 3 unit, tapi berapa kadar sewaannye dah lupa, entah kenapa, cacatan pun tak ditemukan didalam diari untuk percutian kali ini. Apa yang pasti ke Gili Trawangan sangat mudah. apa yang penting cari maklumat terlebih dahulu tentang harga di blog2 untuk kita tawar menawar. Selain bahasanya juga mudah dan tiada masalah komunikasi.


  

Apa yang pasti, pakej snorkle jangan lupa




 walaupun laut agak bergelora dan menakutkan kerana ini kali pertama snorkle ke laut lepas tapi kita mesti cuba, anak2 semua lakukan aktiviti bersama kecuali yg kecil dia lebih banyak berpaut pada Sis. hahahahaha...



percutian selama 4 hari di sini agak puas sebab tak banyak aktiviti selain bermain laut, snorkle, berbasikal, berkereta kuda. menarik di sini tiada kenderaan bermotor termasuk motosikal, sepenuhnya basikal dan kereta kuda. 




sebelum balik kita singgah ke Senggiri untuk beli cenderahati sebelum pulang ke Malaysia. Anak sulong minat buat persembahan nasyid, jadi kita beli la satu gendang buatan Lombok hehehe



sementara menunggu flight, kita buka nasi istimewa tapau di Gili Trawangan dan makan dulu sebelum ada yang menjerit kelaparan.

Memandangkan tiada cacatan tentang ke Lombok secara bertulis, jadi setakat sini sajalah, kita jumpa di entri akan datang,...

No comments:

Post a Comment