Tuesday, July 19, 2016

Ha Long bay pakej

Ha Long Bay Trip

12 Disember 15
Trip 2 hari 1 malam yang menerujakan.

pakej ni sebenarnya dah setap dari Malaysia lagi untuk lancarkan perjalanan. dah la masa pendek takkan nak buang masa mencari agensi pula kemudian pastinya harga berbeza beza. dan ya, memang berbeza beza.. kami dapat pakej termurah dengan harga 77USD/person. termurah uols orang lain bayar semua 80USD ada 100USD tapi kemungkinan mereka mendapat boat lebih baik dan selesa.

berbalik kepada matlamat asal ialah jimat dan lancar kan..

so Alhamdulillah.





perjalanan 90 kilometre mengambil masa selama 3 1/2 jam dari Hanoi ke Ha Long Bay ini kerana jalannya yang dua hala dan kelajuan yg tidak berapa laju huhuhu memang agak bengkok tulang belakang dengan kerusi van yg kecik (maklum saiz beso) hahahah


tapi tips melancong untuk ke Ha Long Bay paling mudah ialah uols sewa lagi semalam di Ha noi kalau barang banyak.. atau sewa terus hotel yg sama sepanjang berada di Ha Noi. kerana agar sukar bawa luggage ke atas cruise dan memenatkan kerana tidak disediakan pun loker atau stor walaupun pada awalnye kami dah email dan bertanya untuk kemudahan stor penyimpanan namun sendiri akhirnye kena hangkut beg atas bot adoiiii bengkok badan.

tujuan email tu supaya mudah kita nak tambah bilik lagi semalam di Hanoi tapi disebabkan agensi kate boleh bawa. so dapat la jimat kos semalam di HaNoi. barang sikit xpe la. ni baju je dah bape helai, abes kasut, seluar, telekong bagai mana boleh less lagi ahaks.

berbalik kepada trip

7.30am da terpacak kat lobi,.. 8.am seperti yg dijanjikan van dating kutip kiteorg depan hotel... 9am kami gerak keluar dari Ha Noi dan menghala ke utara Vietnam (ha long bay)

12.30pm sampai dan turun bawak la semua harta masing2 ke jeti dan tunggu bot kecil dating amik bawa ke Lemon Cruise.. cantik dan comel je cruise tu


kawasan rehat



naik bot kecil bop bop bop bop


x jauh naik bot kecil tu sekejap je,... (cruise kami seperti dalam vedio di atas) Lemon cruise menanti penuh bergaya kununnn.... check in terus je dia bagi masa 5 minit bersiap sebelum makan tengah hari disediakan (makan tghari bersama2 dengan pelancong lain sambal cruise membelah ombak menghala ke tengah lautan menuju Ha Long Bay) yahuuuu bestnye tak terkata!!!!




selesa walaupun sedikit kecil, paling penting jauh dari bunyi enjin bot (da mention awal2 dalam email) hehehe faedah daripada review dan komen pelancong lain. thanks guy!!!


sampai je lokasi,...

yeahh...


lokasi pertama SURPRIZING CAVE



kemudian diteruskan dengan aktiviti berkayak





selesai mendayung (sejam masa diberi) sampai krem perut dibuatnye dibawa pula ke tip top mountain (pulau tertinggi puncaknya) dengan menaiki 400 anak tangga yg menyemputkan padahal stamina senam ada ni. pakcik korea usia da tua pun laju je dengan sepatu kulit dia aku bertapak kaki sebab tak bawak selipa hahahahhahah padan muke aku.






memang sememangnya cantik cantik belaka pemandangan di sini... berbaloi baloi oiii bayo ajensi. ahaks...

petang (anggaran isyak) turun kaki pulau dan menikmati pantai buatan sebelum berangkat pulang ke kapal





kawan korea yg ngam,... tapi dah lupe sape name hahahah. balik semula cruise dan bersedia untuk makan malam pula,....


ini menu untuk mereka  mereka yang bukan islam,.. kami dah minta reserve yg rebus2 je dan sayur segar serta nasi dan roti... tapi tawakal jelah kan... bab periuk belanga bagai... sebab mmg takde option lain dah atas kapal tu. air masak pun bayo oiii bape dollar ye dah lupe sbb nak cekik megi cup huarghhhh....

berakhirlah hari pertama kami di Ha Long Bay

hari kedua,..
sesudah subuh....


menantikan matahari terbit. jawapannya xde sebab mendung hurmm... cuaca pun x berapa nak sejuk so bersiap2 untuk bersarapan pagi. Alhamdulillah butter dan cheese import bertandakan halal siap cilok bawak balik lagi ahahahahha...

next,...


tiada apa yang menarik masa diberi selama sejam setengah sebelum bersiap2 untuk layar pulang ke Tanah darat.....12pm sampai Tanah darat.. 4.30pm kami sampai ke Ha Noi semula dan check in hotel kedua Blue Moon hotel (murah je rm60/night) agoda jugak...



aktiviti malam,.. round lagi sekali pasar malam dia yg sekilo jauhnye tu... misi mencari hadiah untuk anak2 dengan berbaki duit beberapa dollar hahahahah. xde lah,.. act ade lagi sebab sampai Malaysia ade lagi baki 21 dollar kuikui


yahuuu dapat jam dinding terjumpa plak kedai jual barangan Hello Kitty... gagah mencari semula kedai ni dah ternampak sekali masa hari pertama sampai tapi takut x cukup bajet... x ingat berapa dollar.. 9usd rasanya. dah dapat mmg tersengeh jelah tidoku sebelum berangkat pulang ke rumahku syurgaku




bye bye Ha Noi.... mungkin kita tidak berjumpa lagi kerana jika berezeki kami akan ke tempat lain pula huhuhu

sila baca entri Ha Noi untuk lebih faham whole trip klik : http://isterionabari.blogspot.my/2016/07/ha-noi.html

No comments:

Post a Comment