Monday, July 18, 2016

Ha Noi

Welcome to Ha Noi

4 hari 3 malam masa diperuntukkan khas ke Ha Noi dan Ha Long Bay, Vietnam dengan bajet RM1100 termasuk pakej trip Ha Long Bay yang paling murah yg aku dapat dan berbaloi2 termasuk saguhati untuk kawan2.

11 Disember 15


3.30am kami dah bersiap2 tunggu adik pick up (jimat banding call teksi) dr bayar teksi bek kita sedekah kat adik sendiri kan hahahaha... tapi sebab ade roadblock di faderal hiway aku terkandas kat pak gad rumah ni sehingga 4.40am sebab flight jam 6am.

ingatkan lancar rupanye a kutersangkut kat imigresen, palang asyik bip bip bip dua tiga kali sah la kena cek adoi disebabkan pin tudung I uols... huarghhh... dah la lambat nak menapak ke gate 27 berkilo2... terpaksa berlari2 anak dan ngam sampai 5.59 kat gate.... berfeluh... dah masuk ingatkan ok la kan rupenye delay 27 minit disebabkan ade 7 orang yg x muncul2 tapi barang dah masuk kapal. biasa bukan AA tinggalkan je ke? pening kejap....

6.40am baru la off...

9.30am waktu Malaysia (8.30am waktu tempatan) sejam lewat di sini... kami mendarat dengan selamatnya di lapangan terbang Noi Bai. Terima Kasih hotel kerana hantar pemandu teksi hahahaha ok iols bayar ok 18usd.

owh ya kiteorg guuna USD sebab lebih murah dan mudah kiraan. kalau dulu g Saigon asyik kena tipu je maklum dong juta jutaan malas nak kira... Nampak sangat kan malass..

40 minit perjalanan untuk 45 kilometre ke Ha Noi (old Quarter) sampai di Hanoi 3B homestay jam 10.15am menunggu bilik 11am sementara menuggu tu kami dapatkan sedikit maklumat kawasan menarik untuk dilawati....

kemudian check in... jeng jeng jeng dengan harga bayaran bilik rm80/malam inilah hasil bilik yg kami dapati...


besar, luas, selesa dan tersilap cakap katil maklum slang dia x sama hahahhahahhaha... tapi x ngape iols tido guna satu katil je hahahaha sejukkkk.. tapi x terlalu sejuk tapi bole tahan sejuk. masuk masuk je teruja tgk bilik rm80 sebab ni first time I uruskan sendiri percutian yang jimat dan teratur.

 waktu solat dia subuh 5.08am, shurook 6.26am, zohor 11.52am, asar 2.57pm, maghrib 5.18pm dan isyak 6.33pm

lepas solat sempat makan tengahri (bekal rending n  ketupat) kami memulakan perjalanan menjelajah guna kaki di sekitar yg terdekat.


lokasi pertama, landasan keretapi lama yg dibina pada tahun 1899-1902 dayde & pille.







serba sedikit informasi dan gambaran jelas mengenai landasan keretapi. ia merupakan sebahagian daripada sejarah dan kesan peninggalan sejarah yang masih digunakan. masih digunakan ok... dasyat tak dasyat la diaorg. perjalanan sejauh sekilo kemudian nak seberang sungai yg besar tu hati terasa khuatir jadi berpatah balik.. tu pun jalan terkedek2 berapa jam habiskan masa jalan atas landasan yg berlubang dan berkarat dengan laluan motor yg sibuk dan kadar honk yang boleh menyebabkan syndrome pekak ahaks.



tertera tahun di tiang asal besi landasan ni. bahagian bawah sahaja di cat (mungkin kos) dan hanya bahagian penting saja yg perlu dijaga... kebanyakkan pelancong yg menggunakan agensi memang tak tahu la kawasan ni. so bertuah tak kalau backpack yg tak berapa backpack tetapi dapat memahami dan melihat seluruh kawasan tanpa tergesa gesa.



last sekali kami dapat lihat keretapi lama melalui landasan using tetapi tinggi nilai maharnya.


upss tak habis lagi tau,... kemudian just jalan dan hala ke taman berdekatan,.. tak penat lagi kaki menapak jauh dah tu ape nak buat takat lepak hotel bek tak yah melancong.






bangunan yg macam menumen tu tak sure plak ape... dah lupe takde catat kat dalam diari,...




Hubby Hero kate plug soket dijadikan senjata hahahahaha kalau boleh zoom in Nampak la kenape dikatakan begitu. dah penat berjalan sekitar old quarter (pinggiran old quarter) berdekatan stesen keretapi kami pun pulang ke hotel untuk solat maghrib n isyak sebelum keluar merayap dalam pasar panjang sejauh sekilo...











Tamat hari pertama yang penuh kelenguhan tetapi menyeronokkan... tak sabar menanti hari esok kerana inilah trip yang aku tunggu tunggu kerana inilah hajat aku yg sebenarnya memilih Ha Noi sebagai lokasi percutian kami.

jumpa di entri seterusnya Ha Long Bay klik : http://isterionabari.blogspot.my/2016/07/ha-long-bay-pakej.html


No comments:

Post a Comment