Monday, July 18, 2016

Pemilihan Trip perjalanan 4jam sehala

Pemilihan Trip perjalanan 4jam sehala


dah berlapuk haruk sebenarnye trip ni baru sekarang teragak nak share. jap eah,... nak recall memori jap. tiket asben dah beli awal tahun 2015 RM500/head (Air asia) open tiket perjalanan 4jam maksima penerbangan sehala. Merupakan tahun kedua beli open tiket ni.

Tiket peroleh januari 2015 dan hanya sehingga julai 2015 baru decide nak pergi mana memandangkan ekonomi keluarga tidak berapa baik, tambahan nilai mata wang masa tu drop dah la baru je sibuk2 hal GST bagai... memang terasa beban sedikit kewangan tapi disebabkan tiket dah pun beli nak burn rm1000 harus .... FIKIR PANJANG!!!!

Bermulalah episode google search antara Negara pilihan yg  lingkungan 4 jam tidak la jauh mana.. China pun tak sampai ke Beijing, Indonesia, philipine, India pun tengok lokasi, selain Thailand, kemboja, Vietnam dan Myanmar..

1) Sila list kehendak anda, apakah keutamaan yg dititikberatkan. 
       
       PANTAI/LAUT/PULAU
       HUTAN/HIKING/TRACKING
       SHOPPING
       SEJARAH/MONUMEN
       THEME PARK

2) Pastikan Negara yg kita mahu lawati tu memerlukan Visa atau tidak, ini kerana visa menambah lagi kos dalam bajet anda yg tak berapa ekonomi ni.

3) backpack lebih menjimatkan!!!! banding agensi (terbaik) asalkan anda tahu menggunakan internet dan membuat beberapa risikan blog blog yang melambak di alam maya masa kini. pelbagai sharing dan entri yang bermanfaat untuk dibaca selain menambah ilmu dan pengetahuan.

Keutamaan ku adalah laut/pantai/pemandangan ni memang kegemaran aku,... shopping2 bukan hobi walaupun aku ni wanita tulen. ahaks... antara Negara yg mendapat perhatian ialah Indonesia,Thailand dan Vietnam. Akhirnya ku memilih Ha Noi disebabkan pernah terbaca antara tempat semulajadi yg wajib kita lawati adalah Ha Long Bay kerana keunikkan pulau pulau batu kapur yg wujud bertahun2 lamanya dengan warna air kehijauan.

Walaupun Vietnam diwar-warkan Negara yg penuh tipu muslihat, namun kita hanya boleh usaha dan tawakal. Alhamdulillah sepanjang trip ke Ha Noi bersama suami tiada sebarang permasalahan duit. ini kerana telah siap2 booking teksi secara terus dengan hotel (harga selamat) takut nak jimat kunun rupenye kena tipu jugak macam Trip ke Ho chi minh (Saigon). dua hari di Ha Noi kami tak ambil sebarang transport kecuali guna dua kaki anugerah ALLAH ni untuk berjalan dalam Old Quarter Town yg agar besar tu.


Daripada Airport Noi Bai ke Ha Noi mengambil masa 20 - 30 minit (45 kilometre) terus menghala ke hotel seperti yg dijanjikan di dalam email (boleh check in awal) . sebenarnya boleh cek dalam agoda hotel mana boleh check in awal. biasanya 3pm baru boleh check in tapi ada hotel boleh masuk 11am 8am.. bergantung.......

pemilihan hotel juga harus hati hati, lihat betul2 saiz bilik, rate dari pengunjung yg pernah menyewa di situ serta review2 yg melambak2 walaupun Nampak remeh tetapi membantu sesangat. memang mengambil masa yang panjang hanya untuk review dan decide sebelum membuat pembayaran.

So, Alhamdulillah trip kali ini Berjaya mengikut kehendak dah berpuas hati sepenuhnya dengan pilihan percutian singkat tetapi sangat romantic... ahaiiiii....

No comments:

Post a Comment