Friday, April 19, 2013

Jungle Tracking di Sungai Gombak

Trip Jungle Tracking Ke Sg. Gombak (18 April 2013)

             Aku telah mengikuti satu trip Jungle Tracking anjuran Kelab Nutrisi SERI MUKA ss18 Shah Alam pada 18 april 2013 (khamis) yang lalu. Sebenarnya aku baru hadir kali pertama taklimat Kelab tersebut pada hari selasa lepas itu pun atas desakan aktiviti aerobik yg diketuai oleh kak Ain. Kerana aku memang sukakan senamrobik/aerobik/dance aerobic.

              Seawal 4.55am aku dah terpacak di depan kelab bersama2 yang lain. Walaupun takde sorang pun yg aku betul2 kenal di antara mereka tetapi disebabkan rata2 mereka sangat mesra dan ramah dan begitu aktif jadi semua tu meneggelamkan kerisauan (act aku takde plak rasa perasaan cam tu cume excited nak jungle tracking je)
              Sepatutnye gerak jam 5am tapi disebabkan bas tak muncul2 sehinggalah jam 5.15am dan masing2 terus meluru naik sebab keterujaan setiap ahli (wakakaka). aku lah tu.... Fazirah adalah orang yg bertanggungjawab ke atas aku kerana dia yg menjemput aku masuk kelab Nutrisi ni secara tidak sengaja masa aku pergi berurut dengan kak Ana di ss18 bulan lalu.
Gerak tepat jam 5.20am, dalam perjalanan dihidangkan dengan "doa minda" (ingatkan bacaan doa rupenye macam saiko otak dan hati supaya kita motivasi dan mencuci hati) sentiasa bersikap positif dan sentiasa memuji dan memberi galakkan kepada rakan2 dan sahabat di mana aku rasa ianya satu kaedah berbeza. Sebenarnya aku lebih mengharapkan ada terselit sedikit doa dan zikir atau ape2 yg berkaitan agama memandangkan semuanya adalah muslim tapi tak mengapalah bukan perkara besar boleh diserapkan kemudian barangkali belum ada yg mahir sebelum kami berhenti solat subuh di masjid berdekatan... aku tak ingat lah lokasinye tapi dah dekat2 dengan Sg. Gombak.. jam 6.20am sambung perjalanan dan sampai lebih kurang 6.45am.

 ni mat ais ( tak tahu nama dia ) dengan Amirul....
 yg tengah amik gambo tu Fazirah@ira antaranya En. Abdul razak, Kak Ain, Kak Ita, hurmmm dan ramai lagilah.
                     Setibanya di lokasi kami terus menuju ke tapak berkumpul 150meter dari tepi jalan. Di sini lah kami bersarapan dengan sarapan yg dibawa sendiri,.. aku dah sarap sekotak susu jadi mmg normal lah aku tak makan ape2 sehinggalah di paksa anak kak Ain untuk amik roti sandwich yg dia buatkan. Anyway Tq (tak ingat nama) selain itu taklimat dan penerangan, pembahagian kumpulan, menamakan kumpulan dan tagline kumpulan dibuat. Seterusnya senaman regangan sebelum memulakan perjalanan sejauh 9.1km...

 sesi bersarapan - keluarga liana dari Batu Pahat, selain itu Fikri juga kelihatan (yg sedang memakai seluar hawaii tu), wan, man, dann En. Naim selaku jurulatih kelab SERI MUKA ss18 SHAH ALAM - bertopi dan berbaju biru serta berseluar hijo :p
Ni keluarga En. Abdul Razak, 

Fazirah dengan ayam tandoorinya. Minah yg sebelah lagi tu tak tertanye plak nama dia. tapi mmg cool...
                   Jam 9am barulah kita orang memulakan perjalanan. ada 6 check point kalau tak silap... tapi aku pun tak ingat yg masa satu check point nye. seingatnye first kitaorg berhenti setelah bergerak dalam lingkungan 400meter (silap2 tak sampai pun sbb saja nak buat surprise tunjuk jalan naik bukit hahaha) rupenye masih belum thrill lagi.... setelah itu barulah menurun cenuram dan meredah sungai untuk menyeberang segalanya bermula.....





                    check point seterusnya (entah ke berape) tuang cat dalam cawan dan bawak tanpa menumpahkannye. (misi : fokus dan bertanggungjawab terhadap amanah tugasan serta tidak malu untuk meminta bantuan sekiranya memerlukan m- this is my assumption lah) gambar akan di update kemudian sbb tak amik lagi..... dan setelah meredah sungai sehingga sakit2 kaki dan banyak pasir masuk dalam kasut berhenti di check point seterusnye utk tugasan seterusnye iaitu membuat rakit..... aku hanyalah bantu mengikat rakit kecil tu kerana masing2 teragak2 mengikatnye (mujurlah discovery banyak membantu aku) kihkihkih Sorry to Amirul sbb reaksi dia agak slow dia tak dapat nak mengemukakan pendapatnye (setelah melihat hasil kerja group no4) diaorg buat segitiga dan agak praktikal utk bawak cawan berisi cat tu!!! thanks to that group sbb bagi aku ilmu.... walauape pun rakit yg kitaorg buat tak kurang hebat dan kukuh jugak hahahahahah tengok la sape yg ngikatnye... Satu aku puji ahli dalam kumpulan TC Formula, semuanya takde asing mengasing, sentiasa memberi kerjasama yg baik dan bermuafakat. Sangat sporting dan cergas... Ahli TC Formula terdiri daripada 9org termasuk ketua kumpulan (Kak Ain), Kak Ita, Imah, Ima, aku, Ira, Wan, Amirul dan Din

Dari kiri : Kak Ita, aku/Farin@Farina, dan Ima... nama panggil sama dgn Imah Comel (nama blurtooth Imah) kuikuikui
 Dari kiri : Aku/Farin@Farina, Wan, Kak Ita dan Kak Ain (selaku ketua kumpulan)
Inilah kumpulan no.2 TC Formula kalau ada vedio tagline nye sok aku update later2 lah. nama yg belum sebut Amirul (belakang dari kiri, Din, )kanan sekali barisan belakang. barisan depan sekali dari kiri : Imah, Kak Ain, Imah Comel dah Fazirah@ira
                setelah 2jam dan 20minit perjalanan (sampai jam 11.20am) maka sampailah check point akhir kami iaitu Lopak Terakhir!!! aku yg gelokan Lopak terakhir sebab dah takde sungai lagi nak di tempuh kerana sungai berada di atas hahahaha so kat sini lah spot kitaorg utk mandi manda dan beraktiviti..... dengan air terjunnye sejukkk weiii!!!!








                  Habis aktiviti, masa untuk berkemas2 dan bergerak menuju ke pangkal jalan..... Menempuh cabaran paling gayat!!! dari air terjun tu kena memanjat cenuram yang tinggi dalam anggaran bangunan 3 atau 4 tingkat huarghhhh aku org pes naik dengan pantasnye tanpe menoleh ke bawah dan belakang kerana terasa ketaq lutut.... hohohoho gambar air terjun tu aku amik setelah sampai ke atas (tempat tapak perkhemahan) berkumpul di situ untuk penutupan acara dan sedikit pengalaman trip dari ahli2 yg di pilih... hahahahah (selamat aku lepas)


                 Aku tak sure pukul berapa kita org gerak dari tapak perkhemahan tu tapi sampai di pangkal jalan kul 2.30ptg (aku org pes sampai) hahahaha meluru ke toilet pinjam dan dapat secara percuma setelah itu barulah diaorg dikenakan caj rm1 menggunakan toilet wakakakakkaka rezeki....

                 Setelah semua selesai dan bersiap2 menapak utk kali terakhir menuju tepi jalan besar kerana bas sudah menunggu.... perghh berpeluh2 dengan tudung basahnye (lupe bawak spare!!!!) sampai di Tol Bukit Jelutong aku Drop kat situ je sbb senang Hubby Hero nak datang kutip huhu..... dan sebelum turun aku terslip kat tangga huaaaaaaaaaaaaaa (dalam hati cilake betul) seb bek Fazirah kata memasing semua mamai kecuali Shahir la ketua duk depan yg nampak dengan drebar bas ... Chissssss seb bek aku paut pada pemegang tangga bas... kaki je lah yg slip tapi sakit jugak wooooo,.... kaki berjalan jauh tak sakit tapi terpeleot plak yg sakit2 n sengal ahaks....

               Overall aktiviti sangat best dan kalau takde aral melintang aku memang nak join lagi,... bulan depan tak silap ada lagi trip ke Gambang 2hari 1mlm dengan bayaran yuran rm200... sebelum trip ke Bangkok pada bulan 6 bagi ahli berdaftar sahaja menaiki Train.... Terima kasih kerana ALLAH telah menemukan aku satu kelab yg aktif dengan aktiviti sihat cume kurang islamik sikit la... tapi tak ngape la sikit2 lama2 diaorg paham la tu... hihihihii...

2 comments:

  1. salam klau sy nkm join tracking xleh ek...best gak kalau cuti weekend join2 cmni...asyraf 0125352028

    ReplyDelete
  2. asyraf boleh je,.. tapi kena kerap datang ke kelab di ss20, atas 7/E nanti saya 4wardkan no en Naim selaku pengurus kelab di sana. saya suke kelab seri muka kerana aktif dgn aktiviti... marilah join.

    ReplyDelete