Saturday, April 13, 2013

Brainy Bunch Islamic Montessori school sports day 13th april 2013

Sports Day of BBIM on 13th April 2013 (Saturday)

          5.55am dah bangun kejut anak2 untuk tunaikan solat subuh dan bersiap2 untuk ke majlis sukan M.Aqeel. Keterujaan M.Aqeel tepapar kerana ini merupakan pengalaman kali pertamanya membuatkan pagi sangat aman dan mudah untuk bersiap. 6.45am kami bertolak dari Shah Alam menuju stadium UPM, Serdang. Perjalanan mengamil masa lebih kurang sejam.
        Wajah2 excited di awal pagi, sempat M.Aqeel mengambil sarapan pagi koko krunch dahulu sebelum bertolak. sebelum diaorg sambung tido balik baik aku snap sekeping dulu... Dari kiri M.Aqeel, M. Sohibul Abdah dan M. Sohibul Ubaidah....

 Bonda ku Hajah Zabedah.
 Aku + M. Sohibul Fadhillah.

          Tepat pada jam 7.40 kiteorg pun sampai ke Stadium UPM, Serdang. Tu setelah sesat mencari pintu gate 8. (Dan ramai jugak yg sesat seperti aku) mana yang sama saing lah,.... tengok peta yg dikepilkan bersama aturacara majlis tu agak konfius kena plak kita org dah lewat (aku ni jenis on time tak suke lambat walaupun seminit)
Di Pintu gerbang stadium uncle dan aunties sedia membantu memberikan panduan sepatutnya, Terima kasih kepada semua uncle dan aunties.




             Gambar dari atas bukit , nak amik seluruh stadium tak  muat screen plak kena kebelakang lagi.. belakang tu jalan raya tak memasal langgo free je karang Tampak begitu menarik sekali persiapan sukan 2013 dan agak teratur. Mengimbau plak zaman sukan sekolah2 dulu... aku dulu atlet sekolah... balapan masuk lompat tinggi masuk,. hahahahah tak masuk badminton, netball, valleyball, bola baling omputih kate ape eak,...




            So aku drop dgn M.Aqeel utk hantar dia ke booth TTDI JAYA. sebelum Q utk redeem voucher makanan tertakluk kepada satu set sarapan pagi, satu set mineral water, dan satu kipas (khas utk parent)

         TTDI JAYA booth,.....
         M.Aqeel among his school friend
        Brainy Bunch branding mineral water n hand fan as a gift
        Suasana jam 8.00am
       Sebelum acara bermula,

       Sejurus jam 8.15am acara bermula dengan ucapan ringkas dari Dato Syed Zainal Bin Syed Tahir selaku CEO BBIM dan bacaan doa... Oleh? Maaf kertas aturcara majlis telah dimamah oleh M.Sohibul Ubaidah. (part permulaan aku termiss sbb sibuk betulkan anak2 nak sarapan tak boleh nak tinggalkan picnic spot) Perbarisan anak2 sekolah dari playhouse ke pre-school kids. Disusuli acara monkey dance oleh seluruh warga BBIM. manakala Elementry Student pula membuat persembahan tarian dan taekwondo....

          Bagi parents yg berminat nak mendengar dan melihat aksi 'monkey dance' semula boleh klik kat link berikut : Monkey Dance. vedio sewaktu sukan tak dapat so kot2 nak repeat dgn anak kat umah boleh la try ni.. sbb aku suke giler dance n music ni....
      




          Selesai persembahan pembukaan sukan pun bermula,
Acara bermula dengan anak2 playhouse (2-4tahun) mengikut zon. Zon 2 di sebelah kiri stadium dan Zon 3 berada di kanan stadium





  Acara pre-school, yg mana aku ter miss jgk sbb nyoping di BBIM booth dan sibuk beratur kat lori milo yg ditaja sepenuhnya oleh Nestle. Terima kasih Nestle!!!

           Acara terakhir,... larian berganti2 dari Elementry student memberi kemuncak yang menarik sebelum ibubapa boleh beransur pulang. Namun masih ada acara untuk ibubapa yang berminat untuk menyertai iaitu 4 x 100meter (bapa) dan 4 x 100 meter (ibu yang telah diganti kepada acara kanak2) menyesal pun ada sbb tujuan asal aku nak join sbbkan acara relay 4 x100 meter tu. Tapi ape nak buat kata nak suke2 kan... tak tahap aku nak main mainan kekanak ni sebenonye... hahahaha kalau hollahop ok la jgk chisss.... menci betullah....






           Secara keseluruhannya, tentulah seronok dapat menikmati sukan sekolah yg besar ni,... BBIM ada 30+ cawangan jadi majlisnya tentulah besar. Sebagai ibubapa aku terasa sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian dari keluarga besar BBIM. Terasa seperti kembali ke zaman sukan waktu persekolahan je... hihihihi akhir sekali cenderahati untuk anak2 BBIM..... menarik rasanya ada brand sekolah sendiri seperti ini.






No comments:

Post a Comment