Thursday, December 6, 2012

Argghhh!!!!

TERASA LAMBAT!!

         Inilah masalah yang sering dirasai oleh golongan yang berat badan berlebihan. Nak cepat kurus, tak nak berbuat sesuatu, nak senang, tak nak sakit, tak nak itu dan ini. Kan?? sejak melahirkan anak yang paling kecil (march 2012) dengan berat badan 90kg sarat lepas melahirkan,... berpantang selama sebulan plus rehat sebulan dan extra 3minggu kerana masih sakit kesan daripada ikatan pada salur peranakan setelah maksimum 4x pembedahan secara ceaserean. Baru itu lah mulanya senaman dengan berat badan bermula pada angka 80kg++.... humakkk berat giler rasanya. nak melangkah terasa mengah apatah lagi nak melompat dan bergerak dengan pantas..... memandangkan stamina pun tidak terbina bermacam2 yg bermain di kepala dengan kesukaran yang teramat sangat. tapi memikirkan tantang hodohnya saya dihadapan cermin, dengan pakaian yg besar dan 'lobos'. Memikirkan program2 yang lalu tidak la 'sesukar' mana (ini kerana benda dah lepas kan jadi tak ingat betapa susahnya nak menguruskan badan) jadi tebalkan semangat dan fokus kepada program.

         Pertama saya sangat yakin pada senaman kerana ia mampu menguruskan badan dengan memberikan saya bentuk badan asal. Senaman juga memberikan keyakinan dengan memberikan tanda2 lekuk pada paha kerana kehilangan lemak (walaupun agak hodoh rupenya) huaaaa..... Bergantung pada nasihat doktor sebelum ini, maka, senaman harus bergerak seiring bersama dengan diet yang betul, meminum air yang banyak supaya lemak keluar bersama urine selain dari perpeluhan dan najis.

         Program kali ini, mungkin makan masa yang panjang,.. (berfeluh), pertama berat semakin bertambah setiap kali mengandung, kedua kesan ceaserean yg seperti pouch bag juga membesar seperti pokok hahahah dulu pouch bag kecil bila kali ke 2 besar sedikit, kali ke3 besar dan kini bertambah besar. jadi bila lemak dan pouchbag membesar makanya tentulah senaman memakan masa yang lebih panjang....

        Pertengahan Jun bermulanya senamrobik bersama paula abdul, sehinggalah julai sebelum ramadhan. sepanjang ramadhan meneruskan perjuangan setiap selang sehari sekali bersama deanne berry.. http://www.youtube.com/watch?v=JIhIP4yKwLQ part 1 -3. selama 20 minit. membuahkan hasil turun sebanyak 6.5kg. Apabila raya, cuti, dan banyak menghabiskan masa dengan melawat sanak saudara dan rakan taulan. Saya mula culas senam,... (malas dan letih) hampir 2 bulan juga keadaan bertukar seperti itu, dan hanya dapat seminggu sekali dan 2 kali tidak menentu. Mujur alhamdulillah berat tidak bertambah dan statik pada angka 73.5kg huaaaaa.......  setelah bermula semula senaman pada pertengahan november (minggu ni masuk minggu ke4) sekarang minggu ke 2 bulan disember. Walaupun senam tapi berat masih tidak menunjukkan kemajuan penurunan. Bila disemak2 balik, semak semula pemakanan dan keadaan. baru lah tahu kenapa berat tak menurun.  kerana makan tidak mengira waktu dan segala bentuk makanan disumbat... cheese, kek, coklat, air manis cookies, fast food dan makanan berlemak. (kan.... tulah tak tahan nafsu) jadi hasilnya agak sia2 belaka.

       Namun kerana sikap usaha dan semangat jitu ini anugerah ALLAH pada saya. Jarang sekali saya lemah semangat dan berputus asa dengan keadaan yg mudah gemuk ni. Kerana kalau saya tak gemok maka selamanya saya tidak akan bersenam. Senam ini sangat baik untuk diri kita dan organ dalaman diri. Senam mampu mengerakkan darah dan melancarkan saluran darah, Senam dapat membantu mencegah kolestrol yg mana mampu sekat saluran darah (please take note bagi org yg kurus kolestrol dalam badan tidak boleh diukur dengan gemuk sahaja) kadang kala kurus tapi kolestrol dalam badan tinggi ini sangat bahaya bagi kesihatan seseorang kerana mampu beri anda stroke.... senaman juga memberi oksigen yang banyak untuk otak supaya kita cergas dan cerdas. selain membina stamina dan meningkatkan kadar metabolisme dalam perut..

        Pendek kata, senamlah anda semana mampu dilakukan. Kurus bukan pokok pangkalnya tapi kesihatan badan. Tapi tujuan asal saya untuk menurunkan berat badan memanglah kerana nak menyarung semula baju2 lama..... heheheheheh... bersama kita berkongsi pengalaman dan tips.

No comments:

Post a Comment