Monday, March 4, 2013

Cara Paling Pantas Mengajar Anak Membaca




BACALAH ANAKKU

              Jika ada yang bertanya macam mana nak ajo anak membaca dengan cepat,.. biasanye akan diusulkan set BACALAH ANAKKU SIRI CEPAT MEMBACA kerana sistemnya sangat mudah untuk budak2 ni paham. first at all (eceh) tak pernah mengajo anak kenal huruf, bukan salah pun kenalkan anak dengan alphabet tapi akan menyukarkan teknik pengajaran kemudian hari. Memandangkan set BACALAH ANAKKU pertama aku adalah hasil pemberian mama-ku memang betul2 berkesan hanya 6bulan pengajaran secara tetap walaupun tak konsisten.

               Bagi sesapa yg ada banyak masa kat umah, bolehlah mulakan dengan bacaan al-quran. kerana Al-Quran anak2 akan lebih mudah mengadaptasikan ilmu kepada bahasa2 lain. Tapi memandangkan aku ni  selalu banyak benda nak buat walaupun surirumah sepenuh masa jadi terus jelah ngajo membaca bahasa dan inggeris sebab nak sekolah kan,.. takde la cikgu susah nak ngajo. Al-Quran penting jugak cumenye hehehe boleh la di selang selikan. Biasanya anak2 anugerah ALLAH ini sangat bijak dan mudah menerima walaupun kita mengajar 4 subjek serentak.

               Siri Cepat Membaca

               Bacalah Anakku




bagaimana hendak mengajar anak membaca? jika anda membeli set ni setiap set disediakan panduan mengajar beserta DVD.

              Read Easy
Ini bagi permulaan membaca, bila habis 8 siri buku read easy ni boleh sambung set kedua
           
               Read Easy phonics



               Al-furqan tahap 1



mengajar basic bagi tahap 1 dan tahap 2 pembelajaran semakin tinggi seperti menguasai pelbagai bentuk kemahirian membaca al-quran, kemahiran tilawah, tartil, dah tajwid secara teori dan amali, hafalan bacaan dan ayat2 Al-Quran yang utama.... biasa terus naik iqra'... takde plak membeli tahap 2 ni hehehe...

SO,.. last sekali yang saya gunakan adalah set siri membaca cepat

                Ibu Ajarku Jawi, (jawi bersistematik)



bagi ibubapa diluar sana yang mahu memudahkan kerja para guru di sekolah dan menyenangkan kita kerana bila dah tahu membaca ni mudah untuk anak2 tahu hanya dengan membaca, tak perlu la lagi menjawab soalan demi soalan.. (ni anak aku la) pantang jumpa tulisan habis suruh baca. yg halus2 pun suh aku baca aje bulo bijik mate...

ibubapa, selamat berjaya. Didik anak sedari awal membantu kita pada masa akan datang. TQ





Sunday, January 27, 2013

BBIM Parent Conference

BBIM Parent conference di PICC

             Pada 19 Januari 2013 kitaorg pergi la join persidangan untuk parent yg mana hantar anak bersekolah kat BBIM. Untuk tau lebih lanjut pasal sekolah, pasal sapa yg membinanya, dan seluruhnye tentang sekolah ni

             ini merupakan pertama kali persidangan di anjurkan BBIM sejak dibuka pada tahun 2010. begitu excited rasanya nak menghadiri persidangan tambahan pula buat di Putrajaya International Convention Centre... alah pusat konvensyen lah. Ada dua sesi... satu sebelah pagi 9am-12am sesi ke2 2pm-6pm. So kitaorg decide amik sebelah pagi supaya tidak terkocoh2 berebut nak solat zohor dan asar kerana putrajaya bukan lah dekat sangat. walaupun rumahku sebelah guthrie hiway tapi hampir2 45minit jugak nak sampai sana (kelajuan biasa).

              Anak2 aku tinggalkan semua pada aunties BBIM yang memang disediakan untuk parent yang takde sesiapa nak jagakan anak sewaktu persidangan plus,.. tak nak la ganggu org lain tgh kusyuk dengar ape yg nak disampaikan. walaupun setelah 3jam ada anak2 yg mula merengek,.. menjerit kerana keletihan. Tapi aku gamble je tinggal si kecik dengan aunties kerana aku percaya aunties BBIM sangat terlatih dan tahu mengawal situasi. (anak2 ku mana pernah tinggal nurseri seumur hidup). kena pula 4 hero yg umur dekat2 dan sangat maklum begitu aktif dan suke berlari!!! tanpa gadget dan permainan aku tekad tinggalkan semua di bawah jagaan aunties....

               Persidangan bermula agak lewat hampir 25minit kerana ramai ibubapa masih tengah mendaftar. sementara tu kitaorg bacalah risalah yg dibuat kemas dan cantik tentang CEO BBIM tentang konsep,.. tentang sistem dll. salah seorangnya Dato' Zainal bekas CEO proton. Tak nak cerita tentang ape yang disampaikan sewaktu sepanjang persidangan kerana vedio itu akan diupload ke youtube.

                Ape yg aku nak cakapkan di sini ialah ..... pertama, aku tak sesal sedikit pun menghantar anak aku walaupun kewangan tidaklah berapa baik. Ini kerana sistem BBIM lebih kepada mendidik bukan mengajar. sebab itu mereka tidak menggelar diri mereka teacher.... anak2 panggil aunties or uncle kerana mahu anak2 itu sebahagian daripada keluarga... keduanya, BBIM tidak di francaiskan ini menunjukkan mereka akan turun padang dan sentiasa meeting untuk mengetahui hal ehwal anak2 yg berada di bawah BBIM. Ketiganya,... sedikit gembira dan bertambah la kepercayaan terhadap sekolah kerana sepenuhnya hal solat sangat dijaga dan supplier makanan juga dititik beratkan tidak seperti sekolah2 yang telah disebut dimana antaranya sekolah yg sangat terkenal... kerana sumber makanannye disahkan tidak halal. Jadi macam mana kita nak mendidik anak2 menjadi anak yg soleh/solehah jika makanan yg diberikan tidak halal?

                Kepada sesiapa yang tidak menghadirkan diri masa tu memang rugi,... bagi aku ia macam sesi kaunseling, selain kita melihat2 balik diri kita n cara kita mendidik anak di rumah plus,.......... macam brain wash jugak la. Ada penyediaan vedio2 motivasi yang mana kebanyakkan ibubapa menitis air mata melihat vedio yg disediakan termasuk la kitaorg (aku la yg lebih2 nangisnye) sebab very touching vedio...

                Jadi parent conference ni memberikan kitaorg sedikit gambaran bagaimana anak2 kami di didik mendisplinkan diri. walaupun diaorg kata kalau nak didikan ini efektif pada anak, kena amik star (8am-3pm) kerana waktu pembelajaran lebih panjang. Tapi takpe atas nawaitu kitaorg nak yang baik walaupun pendek waktunya In sya ALLAH....... kerana tujuan utama kitaorg anto kat situ medium language yg digunakan. Anak kitaorg yg no2 dan 3 mmg fully english without training. all they learn is from TV... so kitaorg ni english pun tak la hebat BRITISH COUNCIL level ahaks... lavel kitaorg lavel chap ayam je.

                Persidangan tamat jam 1.30pm itu pun diaorg duk rushing bagi perabih semua maklumat yg nak disampaikan. overall memang bagus sangat program seperti ini. dan minggu berikutnya KLINIK KELUARGA dibuka utk BBIM parent yg berminat nak join pada 26hb januari 2013 (sabtu) berlansung di DEWAN MUKTAMAR dimana aku tidak dapat pergi kerana Hubby Hero kerja dan takde sape nak jaga anak kitaorg. klinik keluarga kali ini tidak disediakan nurseri.

                Entry kali ni tidaklah disertakan gambar kerana malu nak amik gambar dalam bilik sidang yg besar tu. takpelah kalau ada sesapa yg upload di blog aku akan curi la hahahahahahha.... dan jika vedio penuh sepanjang persidangan tu sudah di upload aku akan share la bagi sesiapa yg berminat...

Monday, December 17, 2012

Al-Fath kindergarden, TTDI Jaya

Tadika Al Fath. Registration for 2013.

             Kindergarden Al-Fath antara sekolah yang sempat diusha dan diteliti. English medium, islamic school, dan antara yg termurah sekali sekolah berbahasa inggeris yang terdapat di TTDI Jaya. Sekolah yang menggunakan rumah teres bahagian tepi yang mana ada ruang untuk anak2 bermain dan melakukan aktiviti luar kelas / outdoor activities.
Hanya berkomunikasi melalui telefon, so tak dapat la nak agak lebih jauh macam mana keadaan sekolah. Walaupun sekolah tutup kerana guru yang menjaganya terdapat hal, tapi boleh la dapatkan borang pendaftaran di sediakan di luar pintu.
 sekadar mendapatkan gambaran melalui brocher. sesiapa yang mencari sekolah medium inggeris yang sedikit murah berbanding sekolah2 lain seperti little chalif, smart reader, CEC (Children Education Centre), Ad-daris dan lain2. bawah ada sedikit panduan bayaran.

Pendaftaran                                        : RM50.00
Yuran Januari                                      : RM200.00
Buku teks, Buku tulis, & alat tulis : RM350.00
Uniform sepasang                                : RM35.00
Kopiah murid lelaki                             : RM18.00
T-shirt sukan                                       : RM30.00
Yuran tahunan                                     : RM200.00
--------------------------------------------------------
Total                                                  : RM933.00
--------------------------------------------------------
optional :-

Febuary fee/yuran febuari                    : RM200.00
komputer (setahun)                             : RM80.00
Buku X-tra (BM)                                : RM40.00
-------------------------------------------------
Grand total                                         : RM1253.00

              Actually yuran feb tu bukan la optional untuk tak bayo cume, boleh bayo awal boleh bayo kemudian. itu je. Ni bukanlah panduan sebenar2nye panduan cuma sekadar sedikit maklumat untuk pendaftaran 2013. Di harap membantu




Sunday, December 16, 2012

BBIM (Brainy Bunch Islamic Montessori)

Kindergarden Pilihan. Kemasukkan 2013

              Seminggu jugaklah try search kindergarden by internet. Dah la banyak songeh nak mencari sekolah!!! nak sekolah inggeris-lah, mesti ada tahfiz dan al-quran lah, sekolah yang paling best tapi bajet ciput lah. hurm,... melampau bebeno gayanye. Anakanda ku yang ke2 ni memang ada masalah sedikit dari segi bahasa, kami sekeluarga tidaklah menggunakan bahasa inggeris di rumah akan tetapi anakanda ku yg ini dia bertutur dalam inggeris secara semulajadi akibat daripada penontonan karton. Ahaks penontonan karton? bio beno ayat aku ni. Bercakap lambat, pada umur 2tahun baru ada tanda2 sebutannye jelas itu pun jenuh la nak faham. Bila dah duduk tengok tv dengan dia baru la tahu apekah perkataan yg dia dok tanya aku hari2.  Unexpected la dia asyik tanya "ama,... (mama) wat thet?" act "what's that" yang aku ni ahh ape dia yang? (sayang) yang nak ape? sambil berkerut2 dahi memikirkan ape kebende anak aku cakap ni... kikikiki.
              So, lepas dah riki2 baik punye dari blog2, telefon sana telefon sini, aku memilih Sekolah yang menawarkan kaedah montessori (belajar sembil bermain) ni,... tidak menekankan akedemik, ia lebih kepada belajar displin, belajar nilai2 murni, belajar solah, iqra sistem baru yg mana aku tak ingat ape nama sistem tersebut inilah BBIM. Selain pintu masuk sekolah yang cantik, ratio 12:1, silibus yang tidak pack atau terlalu banyak, tapi dari awal lagi memang aku dah berkenan dengan BBIM ni. Entah  mengapa la berkenan bebeno dengan BBIM ni adakah mungkin sebab kale baju uniform sekolah yang ceria gile? Pendek kata selepas kira2 bajet maka capailah keputusan akan hantar anak ke BBIM.




BBIM TTDI Jaya, terletak di U2 bersebelahan klinik pakar kanak2 mehgana. sederet dengan Asyik Selera (dulu Bangi Kopitiam) Bangunan baru.
Tak dapat nak amik gambo dalam sekolah kerana masa turun kete handbag tak bawak. Tapi dalamanya luas, atas ada playground. kekemasan dalaman juga agak teratur walaupun tidak banyak lagi peralatan. Buku2 yang digunakan untuk belajar membaca sama seperti sistem Grolier (Magic English) i loike!!!! seperti aku yang nak pergi sekolah hahahahah
Untuk panduan pendaftaran bagi kemasukkan 2013. Di sini ada sedikit catatan dan print out paper of BBIM registration fee.





 Regular tu ialah bayaran bulanan / monthly fee (8am - 12pm), Jikalau Star fee (8am - 3pm) rm500/month termasuk kelas tambahan spt taekwondo, swimming dsbg. Full Day fee Rm580 from 8am - 6pm. tak tanya plak kalau OT berapa sebab tak berkenaan tu yang tak terfikir nak tanya.
Ni form pendaftaran yang mana agak tebal jugaklah nak mengisinye sebab ada some question berkaitan dengan habit anak dan juga terms & condition.

                  Rata2 memang suggest BBIM kerana hasil yang kita perolehi tu jauh sangat baik. Ramai saudara mara, ipar duai dan supportive from my family side (almost some of the really trully supportive is my parent)

P/S: untuk kemasukkan 2014, fee bulanan meningkat dari RM290 kepada RM300 ( sebelum habis sekolah borang telah di serahkan untuk kemasukkan tahun 2014) khas bagi anak2 yg mahu menyambung pengajian di sekolah yang sama tahun depan.... yearly fees of course meningkat juga dari 1600 kepada.... tak ingat nanti nak mintak aunty Mariam pas form...






















Thursday, December 6, 2012

Argghhh!!!!

TERASA LAMBAT!!

         Inilah masalah yang sering dirasai oleh golongan yang berat badan berlebihan. Nak cepat kurus, tak nak berbuat sesuatu, nak senang, tak nak sakit, tak nak itu dan ini. Kan?? sejak melahirkan anak yang paling kecil (march 2012) dengan berat badan 90kg sarat lepas melahirkan,... berpantang selama sebulan plus rehat sebulan dan extra 3minggu kerana masih sakit kesan daripada ikatan pada salur peranakan setelah maksimum 4x pembedahan secara ceaserean. Baru itu lah mulanya senaman dengan berat badan bermula pada angka 80kg++.... humakkk berat giler rasanya. nak melangkah terasa mengah apatah lagi nak melompat dan bergerak dengan pantas..... memandangkan stamina pun tidak terbina bermacam2 yg bermain di kepala dengan kesukaran yang teramat sangat. tapi memikirkan tantang hodohnya saya dihadapan cermin, dengan pakaian yg besar dan 'lobos'. Memikirkan program2 yang lalu tidak la 'sesukar' mana (ini kerana benda dah lepas kan jadi tak ingat betapa susahnya nak menguruskan badan) jadi tebalkan semangat dan fokus kepada program.

         Pertama saya sangat yakin pada senaman kerana ia mampu menguruskan badan dengan memberikan saya bentuk badan asal. Senaman juga memberikan keyakinan dengan memberikan tanda2 lekuk pada paha kerana kehilangan lemak (walaupun agak hodoh rupenya) huaaaa..... Bergantung pada nasihat doktor sebelum ini, maka, senaman harus bergerak seiring bersama dengan diet yang betul, meminum air yang banyak supaya lemak keluar bersama urine selain dari perpeluhan dan najis.

         Program kali ini, mungkin makan masa yang panjang,.. (berfeluh), pertama berat semakin bertambah setiap kali mengandung, kedua kesan ceaserean yg seperti pouch bag juga membesar seperti pokok hahahah dulu pouch bag kecil bila kali ke 2 besar sedikit, kali ke3 besar dan kini bertambah besar. jadi bila lemak dan pouchbag membesar makanya tentulah senaman memakan masa yang lebih panjang....

        Pertengahan Jun bermulanya senamrobik bersama paula abdul, sehinggalah julai sebelum ramadhan. sepanjang ramadhan meneruskan perjuangan setiap selang sehari sekali bersama deanne berry.. http://www.youtube.com/watch?v=JIhIP4yKwLQ part 1 -3. selama 20 minit. membuahkan hasil turun sebanyak 6.5kg. Apabila raya, cuti, dan banyak menghabiskan masa dengan melawat sanak saudara dan rakan taulan. Saya mula culas senam,... (malas dan letih) hampir 2 bulan juga keadaan bertukar seperti itu, dan hanya dapat seminggu sekali dan 2 kali tidak menentu. Mujur alhamdulillah berat tidak bertambah dan statik pada angka 73.5kg huaaaaa.......  setelah bermula semula senaman pada pertengahan november (minggu ni masuk minggu ke4) sekarang minggu ke 2 bulan disember. Walaupun senam tapi berat masih tidak menunjukkan kemajuan penurunan. Bila disemak2 balik, semak semula pemakanan dan keadaan. baru lah tahu kenapa berat tak menurun.  kerana makan tidak mengira waktu dan segala bentuk makanan disumbat... cheese, kek, coklat, air manis cookies, fast food dan makanan berlemak. (kan.... tulah tak tahan nafsu) jadi hasilnya agak sia2 belaka.

       Namun kerana sikap usaha dan semangat jitu ini anugerah ALLAH pada saya. Jarang sekali saya lemah semangat dan berputus asa dengan keadaan yg mudah gemuk ni. Kerana kalau saya tak gemok maka selamanya saya tidak akan bersenam. Senam ini sangat baik untuk diri kita dan organ dalaman diri. Senam mampu mengerakkan darah dan melancarkan saluran darah, Senam dapat membantu mencegah kolestrol yg mana mampu sekat saluran darah (please take note bagi org yg kurus kolestrol dalam badan tidak boleh diukur dengan gemuk sahaja) kadang kala kurus tapi kolestrol dalam badan tinggi ini sangat bahaya bagi kesihatan seseorang kerana mampu beri anda stroke.... senaman juga memberi oksigen yang banyak untuk otak supaya kita cergas dan cerdas. selain membina stamina dan meningkatkan kadar metabolisme dalam perut..

        Pendek kata, senamlah anda semana mampu dilakukan. Kurus bukan pokok pangkalnya tapi kesihatan badan. Tapi tujuan asal saya untuk menurunkan berat badan memanglah kerana nak menyarung semula baju2 lama..... heheheheheh... bersama kita berkongsi pengalaman dan tips.

Tuesday, December 4, 2012

Alat Senaman

Excersise Equipment

       Ha,..... perlatan yang diperlukan untuk bersenam tak banyak dan tak mahal. Bak kata orang2 tua hendak seribu daya tak nak seribu dalih. memang benar apa kata orang2 dahulu kala. ahaks. Bekalan pertama hanyalah semangat!! hehehe...

inilah benda pertama yang perlu ada. hanya berbekalkan kasut PALLAS berharga rm29.90 di TESCO extra kasut senam paling murah pernah dibeli. selain tahan lasak dan sangat selesa. supaya kaki tidak sakit dan tapak kaki tidak melecet. Set kasut ni beli yang baru sebab yang lama dah 3 tahun pakai walau kasut masih cantik tapi belah dalam 6 jahanam suda.

perkara kedua yang diperlukan hanyalah,.....
yoga matt!!!! ni sangat perlu untuk cool down workout sebab atas lantai nanti sakit2 badan. hahahahaha. yoga matt ni redeem kat cosway je guna kupon dapat la murah nak topup duit. ingat nak beli baru, g la sales kat spaceU8 sportwear sales sampai 70%... brand adidas kalau tak silap mata memandang. humakkk yoga matt rm99 ni arga sales ke atau tidak sebenonye ni?? kikikikiki

Lain2 tu seperti rubberband ini untuk pilates. pilates la paling banyak guna alatan semasa senam. tapi DVD yg promote tu hanya satu je alatan harus di beli yang lain hanya guna peralatan sedia ada dalam rumah seperti kusyen.
rubberband ni beli online di mudah.com.my rm10 je rasanya. tapi jenuh la kan kena ode2 online la plak. cari kat gym atau pusat kesihatan atau fitness centre atau kedai jual alatan senaman atau sebagainya ni aka malas sebab hanya cari rubberband yg arga rm10 tu. kang cari2 promote plak alat senam yg gedabak tu, tak kuasa mak.
eah ada lagi nak info pasal alatan senaman tapi,.... nanti2 lah ini hanyalah basic senaman saja. Dulu masa start workout kasut pun takde dik non,.. berbekalkan tapak kaki yg beralaskan stokin je hahah daif kan?? tapi lelama terpaksalah jugak keluarkan modal beli kasut,.... bukan beli lumsum pun. beli satu2.



Pump It Up High Energy

Pump It Up High Energy with Deanne Berry

       bulan ramadhan antara bulan paling sukar untuk meneruskan perjuangan senaman kerana siang sudah tentu anda tidak dapat bersenam (bagi senaman berbentuk tarian) kerana memerlukan tenaga dan air yang banyak sepanjang hari. Namun ada satu senaman yang 'hardcore' tapi tempoh masa yang pendek ia boleh membantu anda bersenam walaupun pada bulan ramadhan!!!... ini pastinya menarik.
        Tapi malangnya setelah mencari di beberapa kedai DVD berdekatan saya masih tidak menemui DVD tersebut. Senaman ini diselitkan beberapa step tarian latin yang mana ianya sangat menarik dan seksi!!.. Oleh kerana senaman ini terhad hanya di Youtube maka susah untuk diamalkan kerana setiap kali hendak bersenam anda terpaksa bukak youtube dan adjust tempat sesuai untuk bersenam.

        Seandainya ada sesiapa yang terjumpa DVD senaman bertajuk PUMP IT UP HIGH ENERGT with DEANNE BERRY please do info me.
http://www.youtube.com/watch?v=JIhIP4yKwLQ