Monday, July 18, 2016

ESP - Energizing Soy Protien

          ESP adalah produk utama atau asas yg mana saya gelarkan produk global atau faundation bagi setiap gabungan vitamin. Diperbuat daripada 30kg kacang soya untuk setiap tin (850g) yang hanya mengandungi non -GMO (Non Genitically Modified Organism) pada suhu yg rendah. ESP mampu memberikan sumber tenaga segera dan mampu bertahan lama.


         ESP sesuai untuk

  • Awet muda 
  • Hormon
  • Prostat
  • Memulihkan kulit 
  • Pembekal tenaga
  • Membaiki pigmentasi
  • Membaiki memori


        ESP memberi bukan sekadar list seperti di atas, malahan rabun, sembelit, masalah sering lapar,

Pemilihan Trip perjalanan 4jam sehala

Pemilihan Trip perjalanan 4jam sehala


dah berlapuk haruk sebenarnye trip ni baru sekarang teragak nak share. jap eah,... nak recall memori jap. tiket asben dah beli awal tahun 2015 RM500/head (Air asia) open tiket perjalanan 4jam maksima penerbangan sehala. Merupakan tahun kedua beli open tiket ni.

Tiket peroleh januari 2015 dan hanya sehingga julai 2015 baru decide nak pergi mana memandangkan ekonomi keluarga tidak berapa baik, tambahan nilai mata wang masa tu drop dah la baru je sibuk2 hal GST bagai... memang terasa beban sedikit kewangan tapi disebabkan tiket dah pun beli nak burn rm1000 harus .... FIKIR PANJANG!!!!

Bermulalah episode google search antara Negara pilihan yg  lingkungan 4 jam tidak la jauh mana.. China pun tak sampai ke Beijing, Indonesia, philipine, India pun tengok lokasi, selain Thailand, kemboja, Vietnam dan Myanmar..

1) Sila list kehendak anda, apakah keutamaan yg dititikberatkan. 
       
       PANTAI/LAUT/PULAU
       HUTAN/HIKING/TRACKING
       SHOPPING
       SEJARAH/MONUMEN
       THEME PARK

2) Pastikan Negara yg kita mahu lawati tu memerlukan Visa atau tidak, ini kerana visa menambah lagi kos dalam bajet anda yg tak berapa ekonomi ni.

3) backpack lebih menjimatkan!!!! banding agensi (terbaik) asalkan anda tahu menggunakan internet dan membuat beberapa risikan blog blog yang melambak di alam maya masa kini. pelbagai sharing dan entri yang bermanfaat untuk dibaca selain menambah ilmu dan pengetahuan.

Keutamaan ku adalah laut/pantai/pemandangan ni memang kegemaran aku,... shopping2 bukan hobi walaupun aku ni wanita tulen. ahaks... antara Negara yg mendapat perhatian ialah Indonesia,Thailand dan Vietnam. Akhirnya ku memilih Ha Noi disebabkan pernah terbaca antara tempat semulajadi yg wajib kita lawati adalah Ha Long Bay kerana keunikkan pulau pulau batu kapur yg wujud bertahun2 lamanya dengan warna air kehijauan.

Walaupun Vietnam diwar-warkan Negara yg penuh tipu muslihat, namun kita hanya boleh usaha dan tawakal. Alhamdulillah sepanjang trip ke Ha Noi bersama suami tiada sebarang permasalahan duit. ini kerana telah siap2 booking teksi secara terus dengan hotel (harga selamat) takut nak jimat kunun rupenye kena tipu jugak macam Trip ke Ho chi minh (Saigon). dua hari di Ha Noi kami tak ambil sebarang transport kecuali guna dua kaki anugerah ALLAH ni untuk berjalan dalam Old Quarter Town yg agar besar tu.


Daripada Airport Noi Bai ke Ha Noi mengambil masa 20 - 30 minit (45 kilometre) terus menghala ke hotel seperti yg dijanjikan di dalam email (boleh check in awal) . sebenarnya boleh cek dalam agoda hotel mana boleh check in awal. biasanya 3pm baru boleh check in tapi ada hotel boleh masuk 11am 8am.. bergantung.......

pemilihan hotel juga harus hati hati, lihat betul2 saiz bilik, rate dari pengunjung yg pernah menyewa di situ serta review2 yg melambak2 walaupun Nampak remeh tetapi membantu sesangat. memang mengambil masa yang panjang hanya untuk review dan decide sebelum membuat pembayaran.

So, Alhamdulillah trip kali ini Berjaya mengikut kehendak dah berpuas hati sepenuhnya dengan pilihan percutian singkat tetapi sangat romantic... ahaiiiii....

kelas pendidikan penjagaan wajah

Assalammualaikum

kepada semua pembaca wanita dan lelaki tidak kira anda remaja, belia atau veteran ia tidak membataskan anda untuk menyertainya.

saya menyediakan kelas merupakan pendidikan penjagaan wajah dan asas solekan ringkas dan mudah terutama bagi mereka yang baru dan mahu mempelajarinya.
penjagaan wajah merupakan asas kepada kesihatan kulit yang perlu kita jaga seawal usia. Adakah anda tahu sesi pendidikan yang saya sediakan ini adalah percuma?

YA ianya adalah PERCUMA.

Lokasi yang saya mampu adakan sekitar Shah Alam, Selangor. Ledang, Johor. Kg, gajah, Teluk Intan Perak.

Bagaimana?
Tempah waktu yg bersesuaian dengan saya. sediakan tempat untuk saya hadir bersama meja dan kerusi mengikut bilangan peserta bawa bersama anda tuala muka untuk kita jalani sesi.

setiap sesi berjalan anggaran satu setengah jam sehingga dua jam (sesi penuh) satu jam untuk (sesi skin care)

sila hubungi saya
FARINA IRWANI
0133852363 (what's up)

link vedio bedak asas : https://youtu.be/XA7DnAyfK74
link vedio make up : https://youtu.be/ae-QwqFLqc0
link vedio tutorial kening : https://youtu.be/1TARBNgLebk

Monday, October 6, 2014

Meal Shake Shaklee

     


          Meal Shake Shaklee minuman enak yang kaya dengan nutrisi dan mudah dibancuh pastinya menjadi minuman kegemaran seisi keluarga. Ia amat berkhasiat untuk tumbesaran yang sihat dan kuat!


  • sarapan segera berkhasiat
  • enak, mudah dan segera dihidang
  • minuman segera untuk para atlet
  • snek pilihan pada bila-bila masa
  • hidangan ideal yang rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shake mengandungi :

  • Protien, Lemak dan Karbohidrat - Untuk perkembangan tumbesaran yang sihat, pemulihan dan tenaga
  • Vitamin A,C,E - Anti oksida untuk mengekalkan kulit yang cantik dan memperbaiki tisu
  • Serat pemakanan - Membantu sistem pencernaan dan mengatasi sembelit
  • Vitamin B - Penghasilan tenaga, fokus dan daya tumpuan
  • Sodium - Keseimbangan bendalir
  • Vitamin C - Gusi, gigi dan kulit yang sihat
  • Vitamin C, E, dan Bs - Melawan jangkitan, membaiki tisu
  • Vitamin A - Penglihatan yang baik
  • Vitamin B6, Thiamin, riboflavin dan Asid Folic -  Membantu dalam sistem saraf
  • Kalsium dan Vitamin D - Tulang yang sihat
Inginkan Si Manja membesar dengan sihat? Shaklee Meal adalah pilihan yang tepat!! kerana...

  1. Setiap hidangan yang dicampur dengan susu rendah lemak mengandungi 240 kalori tenaga ianya dapat....Membekalkan tenaga untuk memulakan hari si manja
  2. Sumber protien yang kaya dengan 9 amino asid penting.... menyokong perkembangan tumbesaran yang sihat
  3. Sumber terbaik kalsium dan serat pemakanan.... membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan dan sistem pencernaan
  4. Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting, termasuk vitamin dan mineral penting, termasuk vitamin A, Bs, C, D, E, Zat besi, Zink dan Iodin.... untuk tubuh kekal sihat dan kuat
  5. Formula rendah lemak dan rendah indeks glisemik... untuk mengekalkan berat badan ideal

Thursday, May 8, 2014

Kg. Salang, Tioman III

SalangSayang (Zaid's Place)

          Hari ketiga hari pulang tanah besar, sistem arghhhh.... sepatutnye tiket kul 12.30 tapi kul 11.30 da kena panggil kate ferry nak jalan... Ya robbi mujur la mmg dah siap n tengah kemas2 bilik... malangnye tak dapat nak pusing kali terakhir sebab terkocoh2 hala jeti,

Sampai jeti ferry penuh dgn penumpang dan keadaan berebut2 Allah....2nd ferry berebut lagi Hubby Hero dgn dukong anak kecik yg tgh tido, masa tu la nak masuk ferry dia suh tulis semua nama dgn no ic... (bapak gile sistem diaorg)... satu hal, masuk dalam seat kurang 2. kiteorg bayar oke... bile dia tanye anak2 akak ade tiket kite cakap la ade malahan seat tak dapat pun. 
pas tu ade ke dia nak suh anak2 aku yg kecik2 ni duk dgn org asing.. memang la diaorg tak nak!!! senang je diaorg cakap, dah diaorg tak nak tak bole buat ape... eah rasa nak maki plak.... ade ke patut dia pisah2kan seat... bapak aku duk dgn pempuan lain, aku di sumbat lain anak2 aku nak di letak suke hati... sebab ape.. sebab diaog kutip penumpang haram bayo cash kat jeti... (yg ni utk makluman je pastinye setiap hari akan berlaku perkara yg berbeza2 sebab tiket korang tu sekadar tiket je, takde nama ferry takde no seat. makanya pasrah la....)
 
          Last sekali andai kate tak sempat nak cari keychain dan kulit siput atau cenderamata utk sahabat dan teman sepejabat boleh ke RnR jeti Mersing situ jauh lagi murah, patung turtle yg beso (utk gantung) baru rm29.90. mamanda aku p beli kat atas pulau rm39 lepas tawar2 dapat la rm35

Sebelum tamat story, layan gambo sikit.... selfie2 tak de, gambo perasan cantik pun takde... saje nak tunjuk air yg jenih tu ahaks!!!!







ni gambar kat jeti mersing,....sewaktu air surut.




             Assalammualaikum kepada pembaca, insyaALLAH jumpa di lain waktu...
jazakallah....

Kg. Salang, tioman II

Salang Sayang Resort (Zaid's Place)

           Kenapa Kg. Salang adalah tempat terbaik utk menginap... 1'st sbb korang tak payah sewa bot g snorkle jauh2... depan resort pun dah cukup, nak nak kalau korang belum pernah buat aktiviti ni, pantai dia pun cantik, sangat sesuai utk anak2 bermain,malah kat tepi pantai tu pun bole bagi ikan makan.

2nd, sebab Kg. salang memang kawasan org mandi manda, panuba sesuai utk org suke dive, sebab takde pantai area situ. Genting lak tak berapa best nak snorkle. Kg. Tekek plak kawasan pusat ada jabatan kerajaan, sekolah, jadi mana korang nak mandi laut kecuali sewa bot n bawak ke tempat lain... dah kos ahaks... ni bukan paksaan, ni cadangan je aku tak dapat komisen pun... kate nak cari maklumat,....

3rd, Kg. Salang dah menghadap laut china selatan maka, air pantai dia jauh labih cantik.

4rd, hurm,.... figure out sirik la... kihkihkih rase cam takde dah kott

unit yang kiteog dapat... no.1 n no.2

pemandangan dari balkoni resort..


                  So, amacam?
                 Tak terasa nak menikmati keindahan alam bawah air? cukup indah cukup menarik, alatan menyewa sekitar rm7 (fin) rm7 (mask) rm7 life jacket tak pernah snokling pun bole cube merasa sendiri. Rate tu rate normal bergantung kepada tuan punye kedai nak bagi harga. ni pengalaman pertama pun sebenarnye, walaupun agak seram dan mengerikan kerana batu karangan yg ada tu jauh ke dasar dengan ikan yg banyak, kalau nasib2 dapat tengok ikan besar, ikan yu dan penyu... kiteorg ikan yu je tak jumpe. penyu dan gamat bole kelihatan agak kerap terutama sewaktu air pasang...







              Kalau terasa bosan snorkle di kawasan pantai, boleh je gunakan perkhidmatan yg disediakan. terdapat banyak stall dan kedai menyediakan khidmat bot air. rate harga pun bergantung kepada empunya service.... tapi harga tak lari jauh rm70/person 3 atau 2 lokasi. snorkling, kg Tekek dan waterfall. kalau nak g satu lokasi je rm35.


             Platform yg disediakan untuk penyelam dan pensnokel berehat, tak berapa jauh jgk dari pantai rasanye. sehari tu bole 3x ulang alik baru la untut betis korang kott.....


            Suasana malam di Kg. Salang, sudut pemandangan dari jeti.... cantiknye....

 suasana malam agak meriah dan hidup, kedai pun tutup lewat malam


             Malam plak,.. masa banyak dihabiskan dengan melawat persekitaran. Hiburan seperti live band ada, disco bergerak ada, karaoke ada, dan masa utk shopping. Duty Free sebenarnye di Kg. Salang pun ada... tapi ape yg menarik di Duty Free tu? jgn la expect macam Pulau langkawi,. di tioman hanya coklat dan arak serta rokok saje yg dijual... pinggan mangkuk corelle, kristal, kain batik takde oke. hihihi harga? hurm masih murah lagi berbanding daratan. bole dianggarkan kurang dalam 25% ke 30%

             Cenderamata ada banyak pilihan, kalau x gopoh akan jumpe dgn harga yg bersesuaian, baju muslimah jumpe satu kedai je. Kedai tu betul2 kat jalan simpang 3 keluar dr jeti... kalau nak  cari kedai runcit sedikit murah, bole pergi ke salang pusaka (Khalid's Place). kat situ air kotak seliter baru rm3 berbanding kat tempat lain rate harga rm6 ke rm8 (soya) perghhh... telo sebijik rm1.20. pengsannnn.....



 terumbu karang ni sebenarnye banyak dah rosak dan mati terutama yg berdekatan dengan pantai.


Hubby Hero memantau persekitaran 


               Kite org set masa untuk habiskan 3 hari sepenuhnya di pantai takde aktiviti tambahan... lepas subuh kiteorg terus keceburr mandi n snorkling memandangkan kawasan agak luas dan besar jadi banyak tempat tak teroka. petang sebelum zohor naik rehat n solat jamak then......
keceburrr sampai maghrib. Akhirnye rasa puas tanpa rasa kesal (eceh) kerana tak membazir masa yg ada dengan tidur n layan penat... rugi masa.

untuk sambungan klik link di bawah:



Kg. Salang, Tioman

      Pantai Salang, Pulau Tioman

           Setelah 21 tahun, jejak juga akhirnya kaki ini ke sini bersama keluarga walaupun keahliannye tidak mencukupi atas dasar yg tidak dapat dielakkan.
Tiada apa yg perlu dikongsikan jika ianya lebih kepada keseronokkan sendiri dan pribadi masing2.
Cuma, mungkin ada beberapa perkara yang boleh di kutip oleh sesiapa yg di luar sana sebagai panduan apabila berada di sana kelak.





         Walaupun korang dah booking baik resort dan ferry ticket, untuk dapatkan tapak parking kereta yg berpagar pun rupenye kena booking awal,... tapi agak mahal sehari rm18 dia charge. kalau rasa2 nak parking sebelah jeti penumpang mersing dengan keselamatan maksima, silalah booking terlebih dahulu. Jika tidak kena la pasrah, berserah dan tawakal kepada ALLAH agar kenderaan anda tidak di simpan selama2nya... kakakakakka... kiteorg last minit terkontang kanting mencari parking... mujur ade saki baki 3 4 lot depan jabatan laut, dgn bayaran RM30 utk 3 hari.. (wlpn tak sampai 3 hari pun).

       First, sebelum memasuki kawasan departure (termatsalleh kejap) dengan tiket di tangan, anda akan DIPAKSA mendaftarkan semua nama beserta IC sebagai bukti... (poyo gile).. kendian patah sedikit utk bayaran MARINE PARK RM10/PERSON. korang akan dapat boarding pass (ada 2 kale merah n putih) then korang akan di sumbat dalam barisan yg bercampur aduk boarding pass kaler... kendian mamat yg jaga gate akan panggil dengan nada yg begitu lembut sehingga semut depan mata dia pun tak dengar.... Hanya pastikan anda dengar dia memanggil kaler boarding pass anda baru lah bole masuk ferry... kiteorg huruhararee... maklum tahun 90 dulu tak same sistemnye berbanding skrg.. jadi isu ni mungkin hanya terjadi pada 2mei2014 sahaje... selepas tarih tersebut ada kemungkinan lebih baik...


                ni sewaktu menunggu hubby hero ku mendaftar nama semua org (tensen kejap)

     Disebabkan kiteorg semua cacat pendengaran maka sampai je gate kena marah sbb kaler boarding pass lain... babas tull...


                 nampak tak kiteorg stuck kat gate... sakit hati masa ni seb bek la nak g bercuti

       At last,.... n finally dapat jgk masuk ferry.. 
       Yeppa Yeppa,.....






         Kg. Salang adalah jeti terakhir....4 lokasi menurunkan penumpang iaitu Kg. Genting, Kg. Tekek, Panuba Inn, last spot kiteorg Kg. Salang,... takde masalah lansung... menapak dari jeti ke salangsayang (zaid's place) tak berapa jauh hanya amik masa dalam 10 minit.




         Pisa, (antara pemilik salangsalang resort) menunggu ketibaan kiteorg, check in dan takde tunggu2 n buang masa terus masuk laut walaupun panas terik, yg bestnye masuk je dalam air wahh dingin banget!!!!! air sedang pasang dan agak dalam owhhh paradise....







              Peralatan snorkling banyak terdapat di kedai2 berdekatan,... ada kedai kena letak deposit, ada kedai yg agak pemurah, kiteorg dpt akak yg bagi sewa dengan kadar yg sangat rendah (kiteorg pegi kedai akak yg kawin dgn mat salleh tu) sukry batek tak silapnye... mmg baik hati sangat akak tu... sebab hari terakhir dapat guna secara percuma!!!!!!!... one set siap kaki itik pun baru rm15 kau...

              Harga atas pulau memang agak mengikis wallet aku yg sedia tipis... mujurlah ayahandaku seseorang yg berjiwa treveller kental dari zaman persekolahannye... so, berbekalkan periuk, beras, garam, gula, kacang, ikan bilis yg dibawa, ayahandaku telah membina dapurnye di celah batu besar hahahahahaha....kalau korang tak reti nak masak sediakan la duit utk tampung perut kehkehkeh. tapi pastinya akan kena jugak beli bahan masakan yg huarghhhh mahalnye...





        Ok-lah da penat otak. ada banyak lagi nak share dgn korang pasal ape yg ada kat Kg. salang, nanti kite sambung kendian. kalau nak pegi bulan ogos 2014, skrg da bole booking kalau tak nanti full especially school break.... kenapa syorkan korang pilih Kg. salang, ape yg ada kat duty free, adakah duty free di Kg. Tekek sahaje, i will figure it out later. InsyaALLAH with this a lil bit info, hopely can help U in future n planning ur trip.

utk sambungan klik link di bwah:



Jazakallahu Khairan Kasira