Thursday, May 8, 2014

Kg. Salang, tioman II

Salang Sayang Resort (Zaid's Place)

           Kenapa Kg. Salang adalah tempat terbaik utk menginap... 1'st sbb korang tak payah sewa bot g snorkle jauh2... depan resort pun dah cukup, nak nak kalau korang belum pernah buat aktiviti ni, pantai dia pun cantik, sangat sesuai utk anak2 bermain,malah kat tepi pantai tu pun bole bagi ikan makan.

2nd, sebab Kg. salang memang kawasan org mandi manda, panuba sesuai utk org suke dive, sebab takde pantai area situ. Genting lak tak berapa best nak snorkle. Kg. Tekek plak kawasan pusat ada jabatan kerajaan, sekolah, jadi mana korang nak mandi laut kecuali sewa bot n bawak ke tempat lain... dah kos ahaks... ni bukan paksaan, ni cadangan je aku tak dapat komisen pun... kate nak cari maklumat,....

3rd, Kg. Salang dah menghadap laut china selatan maka, air pantai dia jauh labih cantik.

4rd, hurm,.... figure out sirik la... kihkihkih rase cam takde dah kott

unit yang kiteog dapat... no.1 n no.2

pemandangan dari balkoni resort..


                  So, amacam?
                 Tak terasa nak menikmati keindahan alam bawah air? cukup indah cukup menarik, alatan menyewa sekitar rm7 (fin) rm7 (mask) rm7 life jacket tak pernah snokling pun bole cube merasa sendiri. Rate tu rate normal bergantung kepada tuan punye kedai nak bagi harga. ni pengalaman pertama pun sebenarnye, walaupun agak seram dan mengerikan kerana batu karangan yg ada tu jauh ke dasar dengan ikan yg banyak, kalau nasib2 dapat tengok ikan besar, ikan yu dan penyu... kiteorg ikan yu je tak jumpe. penyu dan gamat bole kelihatan agak kerap terutama sewaktu air pasang...







              Kalau terasa bosan snorkle di kawasan pantai, boleh je gunakan perkhidmatan yg disediakan. terdapat banyak stall dan kedai menyediakan khidmat bot air. rate harga pun bergantung kepada empunya service.... tapi harga tak lari jauh rm70/person 3 atau 2 lokasi. snorkling, kg Tekek dan waterfall. kalau nak g satu lokasi je rm35.


             Platform yg disediakan untuk penyelam dan pensnokel berehat, tak berapa jauh jgk dari pantai rasanye. sehari tu bole 3x ulang alik baru la untut betis korang kott.....


            Suasana malam di Kg. Salang, sudut pemandangan dari jeti.... cantiknye....

 suasana malam agak meriah dan hidup, kedai pun tutup lewat malam


             Malam plak,.. masa banyak dihabiskan dengan melawat persekitaran. Hiburan seperti live band ada, disco bergerak ada, karaoke ada, dan masa utk shopping. Duty Free sebenarnye di Kg. Salang pun ada... tapi ape yg menarik di Duty Free tu? jgn la expect macam Pulau langkawi,. di tioman hanya coklat dan arak serta rokok saje yg dijual... pinggan mangkuk corelle, kristal, kain batik takde oke. hihihi harga? hurm masih murah lagi berbanding daratan. bole dianggarkan kurang dalam 25% ke 30%

             Cenderamata ada banyak pilihan, kalau x gopoh akan jumpe dgn harga yg bersesuaian, baju muslimah jumpe satu kedai je. Kedai tu betul2 kat jalan simpang 3 keluar dr jeti... kalau nak  cari kedai runcit sedikit murah, bole pergi ke salang pusaka (Khalid's Place). kat situ air kotak seliter baru rm3 berbanding kat tempat lain rate harga rm6 ke rm8 (soya) perghhh... telo sebijik rm1.20. pengsannnn.....



 terumbu karang ni sebenarnye banyak dah rosak dan mati terutama yg berdekatan dengan pantai.


Hubby Hero memantau persekitaran 


               Kite org set masa untuk habiskan 3 hari sepenuhnya di pantai takde aktiviti tambahan... lepas subuh kiteorg terus keceburr mandi n snorkling memandangkan kawasan agak luas dan besar jadi banyak tempat tak teroka. petang sebelum zohor naik rehat n solat jamak then......
keceburrr sampai maghrib. Akhirnye rasa puas tanpa rasa kesal (eceh) kerana tak membazir masa yg ada dengan tidur n layan penat... rugi masa.

untuk sambungan klik link di bawah:



No comments:

Post a Comment