Monday, November 4, 2019

Phnom Penh, Cambodia Part II

Hari kedua di Phnom Penh,..
check out Good Morning guesthouse dan pindah ke longlin hotel terletak pada lorong belakang good morning, pada harga MYR23.94 (USD5.77)
 Longlin Hotel (fan)
 memang semata hotel khas utk mandi solat sahaja, sebab malam nye kiteorg akan naik sleeping tourist bus ke Siem Reap dgn bayaran USD32/2 person
 Pagi2 bute menapak sekilo untuk ke Halal Restaurant semalam untuk breakfast. kedainye buka jam 7am kiteorg sampai 6.35am, ke tepi sungai mekong utk menunggu. Menu: Fried Basil with steam rice sedap banget uols..
 Seafood Porridge Hubby Her๐Ÿ’‹order.. memang terdapat sedikit perbezaan antara Thai dan Cambodia porridge...
 Selepas makan terus menuju ke Cheoung Ek Genocidal Centre sejauh 40 minit perjalanan (16KM) Cheoung Ek Genocidal Centre boleh klik di link ni tuan2 puan2. wajib bagi pelancong yg ada hajat nak ke Phnom Penh melawat tempat pembunuhan beramai ramai ni. menimbul kan rasa betapa manusia ni sebenarnya tiada perasaan terhadap manusia lain.



masjid Al-Serkal. Solat Jumaat di sini

Anggaran masa tour dengan menggunakan audio adalah 3 jam lebih. Melainkan anda datang dengan Agensi atau Tour guide yg amik masa hanya 15 minit sahaja. Sis suggest pelancong sila gunakan audio yg tersedia dalam pelbagai bahasa termasuk Malay. untuk melihat keseluruhan tampat Killing field (Cheoung Ek Genocidal Centre) sepenuhnye ada pada link vedio di atas. 

kemudian mamat yg bawa kami tu terus ke masjid untuk solat Jumaat (pada mulanya dia pun nak ke situ dulu jd kalau kami x jumaat pun dia akan ke sini jgk.. at the end of the trip masa nak bayar ade tak senang hati sket sbb katenye masjid tak masuk trip padahal dah mention. dah la makan pun dibayar, dia just bawak pegi killing field patah balik.. kiteorg makan tghari kat sebelah masjid je... last tambah USD3 jadi total USD18. mujur pagi tu mmg dah niat tak nak makan dgn dia.. tu yg sakit ht agaknye hahahahaha... eah eah kite yg keluar duit sepatutnye kite ade hak. menipuuuu je kerjanye.. nasihat Sis uols guna grab jauh lg murah. mana dekat sila la menapak je, jimat duit dan dapat nikmati perjalanan... setakat ni bugging pelancong tu memang ade, tapi tak semua. cume pilihan terbaik adalah Grab... Grab blh digunakan di mana2 negera yg ada. 
Tasnim Restaurant di pintu gerbang masuk ke Masjil AL Serkal

balik hotel awal kunun nak lelap mate ... hampehh... kemas n pack barang solat keluar jalan kaki dalam 400 meter sehala ke kedai makan mamak malaysia

 coconut shake kedai mamak Malaysia
Roti extra + kari daging

Lepas lepak, patah semula ke hotel untuk solat jamak takhir dan packing sebelum keluar. 7.50pm dah grk, awal sebab tak sure kena ke terminal Giant Ibis atau kena ke Giant Ibis Office (700m). lokasinye berbeza, Terminal Bus Phnom Penh pula lagi jauh (1.7km) so decide menapak dahulu. boleh plak da dekat 500m berjalan, maps tukar arah,... hahaha inilah namanye travel.. untut jgk la kaki melecet. sampai je area Kaunter tiket bas (macam shoplot) tak perasan plak Giant Ibis office .. kebetulan ade satu group pelancong Malaysia.. gayanye da mahir sangat.. dia kata ada di antara kaunter kaunter tu.. jadi kena tgk label ... berpatah la semula.. teng teng teng... first kaunter yg sis lalu, blh tak perasan.

note: Hotel, ticket bas, tour guide Angkor Watt semuanya adalah secara online. Ini adalah untuk keselamatan duit kita selain kena scam dgn ulat ulat di sana..

melihat pada jam, baru 8.30pm ade 3jam lagi untuk bus sampai (tiket 11.30pm). selepas print out ticket bas kt office Giant Ibis, kite tinggalkan beg berat kt kaunter dan menapak ke Night market Phnom Pneh, depan Giant Ibis je.. so round la jalan tgk market... takde yang menarik sangat.. so agak membosankan .. Mujur sungai Mekong dan lokasi perhentian Bas sebelah menyebelah, jadi lepak tunggu di sana.
 tunggu tiket di cetak
 Night Cruise Sungai Mekong

Tourist Sleeping Bus (phnom Penh - Siem Reap) 6hours trip

Naik je bas, terus tepuk tepuk bantal ejas beg, kasut kena buka supaya tilam tak kotor, air mineral dan tisu basah disediakan (tisu tu aku pk untuk ke toilet - toilet dalam bas. Rupenye tisu utk lap muke bgn pagi esoknye. hahahahaha... alhamdulillah tido lena sampai la terasa macam dah subuh.. tu bgn amik wuduk kt toilet n solat la macam kite naik kapal terbang.. tetapkan kiblat, tapi kena solat duduk, sebab katil double decker. kiteorg sampai ke terminal bus Siem Reap pada jam 6.15am agak lewat dari jadual asal. 

Di sini lah banyak ulat pakej angkor wat dan tuk tuk.. sebab subuh kan dia nak USD5 hantar ke hotel.. hahahah.. maaf la kite dah pandai guna Grab ok.. so just  KHR8700 (USD2.3) x silap sis. dalam 7KM perjalanan. sampai je hotel, satu kesilapan masa booking hotel tak mention pasal check in awal. so da sampai sini br nak request. mmg tak dapat la ... kite drop g hotel dulu tinggalkan beg berat memandangkan Tour Agent akan pick up kat hotel dalam 7.45 - 8.15am mujur la sampai otel dalam jam 7.15.. sempat la duduk. sbb agen datang awal pada 7.35am

so sampai sini lah dahulu entri kite .. bersambung di entri Siem Reap, Cambodia ya... tqsm uols

kalau nak baca entri seterusnya.. boleh klik ๐Ÿ‘‰Siem Reap, Cambodia

Phnom Penh, Cambodia

Hai, berjumpa lagi kita dalam entri terkini di pengakhiran tahun 2019. Di mana ade banyak percutian dalam dan  luar negara yang Sis tak coretkan dalam blog yang berkurun lamanya tak bukak.

alhamdulillah selamat terbang dan mendarat dari negara Cambodia (Kemboja). Percutian pendek hanya 4 hari tapi padat dengan aktiviti. macam biasa jiwa backpacker, kali ni couple trip sahaja. Tiket penerbangan AA pergi balik kali ni adalah tiket tebus hasil kumpul point,.. dalam 15k point yg digunakan. 

KUL - PNH 6.55am
REP - KUL 8.30am

setelah sekian lama tak naik flight, AA banyak buat sistem self service.  Last naik flight pada march 2018 ke Lombok dgn anak2. terasa bodoh seketika hahaha.. mujur la awal 30minit sbb tiket ade problem. Awal tahun hari tu sis ke Selatan Thailand dgn drive truck kesayangan menyeberang sempadan bawa anak2 bercuti ke Hatyai dan Satun. So,.. banyak yg tak tahu.. InsyaALLAH jika berkelapangan kita buat satu lagi entri dan paste link kt sini.


fly memakan masa dua jam termasuk take off n landed. waktu tempatan sejam awal. sampai ke bumi cambodia sekitar 8.30am. sangat mudah dan cepat urusan di Lapangan terbang. waktu solat agat cepat, subuh pada 4:44am, syuruk 5:50am zohor sekitar 11:38am, asar 3:25pm, maghrib 5:38pm dan isyak 6:55pm


ok kat sini nak share sedikit pengalaman sepanjang berada di Phnom Penh. Biasanya travel mmg akan banyak menggunakan kaki kurniaan Ilahi, plan asal sis sampai je di PNH benda pertama nak buat adalah beli simkad tempatan. Alhamdulillah ade pakej 3hari unlimited internet pada harga USD3. ya, cambodia menggunakan matawang KHR (cambodian Riel) atau Khmer riel dan juga USD (unites states dollar). tapi memang malang seribu kali malang, sony xperia xz3 tak support. jadi terpaksalah guna phone Hubby Her๐Ÿ’‹ Oppo A3. sadis betul sebab tak support utk hotspot. jadi plan telah berubah 360°,  terutamanye nak tengok grab la. rate airport mmg jauh beza. bermula daripada USD9.. mmg tidak la sbb hanya 10KM sahaja nak ke guesthouse.
 langkah selamat kiteorg keluar daripada airport. cari tuk tuk luar tapi tawarannye sekitar USD10. Setelah line masih tak berapa nak stabil nak book grab, dtg sorang ni bg USD7 tawar nak USD5,..lepas tolak tarik tawaran dia mintak USD6. deal. mahal jgk tu ooo convert MYR jadi RM25+/- (USD1:MYR4.18) perjalanan daripada airport ke pusat bandar phnom penh 38minit (untut pungkuqs sisturrr)

Mujur blh check in awal. masa nak check in tu, ade sorang mamat ni tawarkan tuk tuk sehari USD25. mmg tidak la aku nak bayar semata jalan kat phnom penh yg dekat dekat lokasi kawasan menariknya. sementara check in partner sis kena saiko dgn mamat ni.. byk pencopet la, bahaya la, setau nye sebelum pergi dah search.. takde pun kisah kisah penipu macam kat Malaysia terutama penyeluk saku. tapi sis tetap dgn pendirian sis tak mau tuk tuk sbb lokasi sangat dekat tapi satu benda je yg buat spoil masa tu. INTERNET memang bergantung sepenuhnye pada partner yg search tapi tu lah kan... kurang kecekapannye hahahaha. pstt dia tak baca pun blog sis ni.

so menapak ke National Museum of Cambodia... blog kate free tapi actually USD10/person. akhirnye just keliling building amik gambar jelah hahahha.. 

seterusnya nak ke royal palace sebab berdekatan tapi mamat yg sama muncul lagi, dan dia keep remind sis tentang barangan yg sis bawa.. ko nak secure macam mana lagi. tapi teruskan berjalan sambil tengok maps yg dah print out. tapi sbb kecik takde nama jalan agak mengelirukan, tambahan dia push lagi dgn tawaran USD15.. bila dgr sehari santak dia bawa beberapa tempat. so decide ok - boleh. bawa kami ke tepi sungai Mekong tempat orang ramai beriadah berhadapan dengan royal palace park, kemudian lalu rumah presiden, dan singgah di Independent Monument untuk bergambar.




 dah puas bergambar, perut pun dah lapar tapi nak jengah central market, tapi dikatekan situ mahal (mahal atau tak dapat komisyen?) dia bawak sis ke russian market .. ok la tak pe janji market kot ade benda blh beli... memula sampai tu.. nampak macam russian market kat vietnam.. dah rasa nak menyumpah.. dia kate dalam lagi,... ok baru nampak cambodian product..

ini lah sis nak,.. produk tempatan yg bile kita bagi org tu ade perbezaan gift dgn negara negara lain... kat sini terkenal dgn suteranya selain khmer sutera (scarf diaorg buat balut leher ke hidung ke tak tau la) ada juga kain pasang. bukan la minat sis menyoping ni.. benda penting adalah fridge magnetic, tapi sistur beli scarf sutera dia yg cantik cantik tu... harge je tak boleh nak beat kt angkor watt hanya USD2 kat sini dia letak USD6 above kecuali amik byk dia kautim lg sket harga.

nota sampingan, bila berurusniaga di sini USD mmg nampak senang sbb angka kecil tapi sebenarnye kita agak tertipu value. nasihat, sila la tukar duit Riel, anggar MYR10 = KHR10,000. sebenarnye senang guna duit diaorg lagi dan jauh jimat. untuk transportation install la Grab apps dan amik tuktuk sangat murah. jgn la amik tuk tuk jalanan tu penipu kuat.. scammer diaorg lain.. dia tak mencuri nyata, dia cuma goreng harga je.

selepas dah menjahanamkan duit, perut pun lapar suruh la mamat tu bawak kedai makan kemboja sbb nak makan makanan sini. so dia bawak la kiteorg ke Halal Restaurant. rate murah banding tmpt lain satu meal USD2.5
 loklak fried rice
kuyteav soup

yang best dia makan pun kite bayar hahahaha.. dasat penipuannye.. dia cakapkan org, sebaliknye dia sendiri yg menipu tapi disebabkan dia muslim, sis ok je.. paling best dia tak cakap pun awal2 kite kena bayarkan... whatever lagipun partner kite kate ni tmpt org.. karang tak balik mesia plak hahahah.. choiiii...

tamat aktivit hari pertama.

untuk ke entri seterusnya blh klik sini ๐Ÿ‘‰phnom Penh, Cambodia part II



Tuesday, July 19, 2016

Ha Long bay pakej

Ha Long Bay Trip

12 Disember 15
Trip 2 hari 1 malam yang menerujakan.

pakej ni sebenarnya dah setap dari Malaysia lagi untuk lancarkan perjalanan. dah la masa pendek takkan nak buang masa mencari agensi pula kemudian pastinya harga berbeza beza. dan ya, memang berbeza beza.. kami dapat pakej termurah dengan harga 77USD/person. termurah uols orang lain bayar semua 80USD ada 100USD tapi kemungkinan mereka mendapat boat lebih baik dan selesa.

berbalik kepada matlamat asal ialah jimat dan lancar kan..

so Alhamdulillah.





perjalanan 90 kilometre mengambil masa selama 3 1/2 jam dari Hanoi ke Ha Long Bay ini kerana jalannya yang dua hala dan kelajuan yg tidak berapa laju huhuhu memang agak bengkok tulang belakang dengan kerusi van yg kecik (maklum saiz beso) hahahah


tapi tips melancong untuk ke Ha Long Bay paling mudah ialah uols sewa lagi semalam di Ha noi kalau barang banyak.. atau sewa terus hotel yg sama sepanjang berada di Ha Noi. kerana agar sukar bawa luggage ke atas cruise dan memenatkan kerana tidak disediakan pun loker atau stor walaupun pada awalnye kami dah email dan bertanya untuk kemudahan stor penyimpanan namun sendiri akhirnye kena hangkut beg atas bot adoiiii bengkok badan.

tujuan email tu supaya mudah kita nak tambah bilik lagi semalam di Hanoi tapi disebabkan agensi kate boleh bawa. so dapat la jimat kos semalam di HaNoi. barang sikit xpe la. ni baju je dah bape helai, abes kasut, seluar, telekong bagai mana boleh less lagi ahaks.

berbalik kepada trip

7.30am da terpacak kat lobi,.. 8.am seperti yg dijanjikan van dating kutip kiteorg depan hotel... 9am kami gerak keluar dari Ha Noi dan menghala ke utara Vietnam (ha long bay)

12.30pm sampai dan turun bawak la semua harta masing2 ke jeti dan tunggu bot kecil dating amik bawa ke Lemon Cruise.. cantik dan comel je cruise tu


kawasan rehat



naik bot kecil bop bop bop bop


x jauh naik bot kecil tu sekejap je,... (cruise kami seperti dalam vedio di atas) Lemon cruise menanti penuh bergaya kununnn.... check in terus je dia bagi masa 5 minit bersiap sebelum makan tengah hari disediakan (makan tghari bersama2 dengan pelancong lain sambal cruise membelah ombak menghala ke tengah lautan menuju Ha Long Bay) yahuuuu bestnye tak terkata!!!!




selesa walaupun sedikit kecil, paling penting jauh dari bunyi enjin bot (da mention awal2 dalam email) hehehe faedah daripada review dan komen pelancong lain. thanks guy!!!


sampai je lokasi,...

yeahh...


lokasi pertama SURPRIZING CAVE



kemudian diteruskan dengan aktiviti berkayak





selesai mendayung (sejam masa diberi) sampai krem perut dibuatnye dibawa pula ke tip top mountain (pulau tertinggi puncaknya) dengan menaiki 400 anak tangga yg menyemputkan padahal stamina senam ada ni. pakcik korea usia da tua pun laju je dengan sepatu kulit dia aku bertapak kaki sebab tak bawak selipa hahahahhahah padan muke aku.






memang sememangnya cantik cantik belaka pemandangan di sini... berbaloi baloi oiii bayo ajensi. ahaks...

petang (anggaran isyak) turun kaki pulau dan menikmati pantai buatan sebelum berangkat pulang ke kapal





kawan korea yg ngam,... tapi dah lupe sape name hahahah. balik semula cruise dan bersedia untuk makan malam pula,....


ini menu untuk mereka  mereka yang bukan islam,.. kami dah minta reserve yg rebus2 je dan sayur segar serta nasi dan roti... tapi tawakal jelah kan... bab periuk belanga bagai... sebab mmg takde option lain dah atas kapal tu. air masak pun bayo oiii bape dollar ye dah lupe sbb nak cekik megi cup huarghhhh....

berakhirlah hari pertama kami di Ha Long Bay

hari kedua,..
sesudah subuh....


menantikan matahari terbit. jawapannya xde sebab mendung hurmm... cuaca pun x berapa nak sejuk so bersiap2 untuk bersarapan pagi. Alhamdulillah butter dan cheese import bertandakan halal siap cilok bawak balik lagi ahahahahha...

next,...


tiada apa yang menarik masa diberi selama sejam setengah sebelum bersiap2 untuk layar pulang ke Tanah darat.....12pm sampai Tanah darat.. 4.30pm kami sampai ke Ha Noi semula dan check in hotel kedua Blue Moon hotel (murah je rm60/night) agoda jugak...



aktiviti malam,.. round lagi sekali pasar malam dia yg sekilo jauhnye tu... misi mencari hadiah untuk anak2 dengan berbaki duit beberapa dollar hahahahah. xde lah,.. act ade lagi sebab sampai Malaysia ade lagi baki 21 dollar kuikui


yahuuu dapat jam dinding terjumpa plak kedai jual barangan Hello Kitty... gagah mencari semula kedai ni dah ternampak sekali masa hari pertama sampai tapi takut x cukup bajet... x ingat berapa dollar.. 9usd rasanya. dah dapat mmg tersengeh jelah tidoku sebelum berangkat pulang ke rumahku syurgaku




bye bye Ha Noi.... mungkin kita tidak berjumpa lagi kerana jika berezeki kami akan ke tempat lain pula huhuhu

sila baca entri Ha Noi untuk lebih faham whole trip klik : http://isterionabari.blogspot.my/2016/07/ha-noi.html