Diet (makanan seimbang) Tanpa Aktiviti Fizikal
HATI-HATI
dengan diet yang dilakukan kerana jika tidak berhati-hati, memang berat
badan akan turun mendadak tetapi masalah lain pula mungkin timbul.
Jangan
tiru pelakon 'Ally Mc Beal', Callista Flockshart, yang melakukan diet
melampau sehingga akhirnya menderita penyakit anoreksia.
Bagaimanapun
beberapa artis tempatan dilihat dapat mengurangkan berat badan dengan
mengamalkan gaya hidup sihat sambil mengambil diet sihat selain
melakukan aktiviti fizikal.
Antaranya Bob AF, Aizat AF, Imran Ajmain dan penyanyi baru Syah.
Tapi
mungkinkah anda akan dapat mengurangkan berat badan dengan hanya
mengurangkan pengambilan makanan, mengambil ubatan tertentu tanpa
melakukan apa-apa aktiviti fizikal?
Anda mungkin dapat mengurangkan berat badan dengan hanya 'berlapar' tetapi tidak mungkin mendapat bentuk badan yang diidamkan.
Risikonya pula, berat badan anda akan naik mendadak apabila anda kembali makan seperti biasa.
Jangan terperanjat jika anda mengalami pelbagai masalah yang berkaitan dengan organ badan dalam tempoh masa beberapa tahun.
Pakar
Pemakanan Hospital Pantai Ampang, Norsyamimi Ahmad berkata, program
mengurangkan berat badan tanpa senaman amat tidak logik.
"Senaman
amat perlu untuk mengeluarkan tenaga daripada makanan jika tidak, ia
akan ditukar menjadi lemak," katanya semasa ditemui baru-baru ini.
Bagaimanapun senaman perlu dilengkapi dengan penjagaan makanan bagi memberikan berat badan yang ideal.
Sebenarnya
bukan semua orang boleh melakukan senaman terutama bagi mereka yang
dikategorikan sebagai morbit obes - jika bacaan Indeks Jisim Berat Badan
(BMI) melebihi bacaan 40 (berbanding 19 hingga 25 yang biasa) serta
mempunyai masalah kesihatan.
"Kaki pesakit morbit obes tidak mampu menampung berat badan.
"Jadi mereka boleh memulakan dengan diet kalori sangat rendah iaitu hanya mengambil 800 kalori sehari," katanya.
Mereka yang menjalankan diet berkenaan perlu mendapatkan pemantauan berterusan daripada doktor atau pakar pemakanan di wad.
Cara mengurangkan berat badan paling baik adalah dengan menjaga makanan dan melakukan senaman.
"Kita perlu seimbangkan makanan yang kita makan dengan senaman yang dilakukan bagi mendapatkan berat badan ideal," katanya.
Nursyamimi
berkata, senaman yang biasa dilakukan seperti berjoging, berjalan kaki
semasa membeli-belah yang menyebabkan kadar degupan jantung tinggi
selain pengeluaran peluh meningkat.
Selain berjalan, berkebun selama setengah jam boleh membakar sebanyak 100 kalori.
"Bagaimanapun semua aktiviti senaman dan makanan bergantung kepada usia dan berat badan seseorang," katanya.
Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan apa yang kita makan.
Bagi
diet yang betul, pesakit perlu makan ikut waktu, memilih makanan yang
betul dan pastikan kalori yang perlu diambil setiap hari.
Nursyamimi
berkata, sarapan pagi tidak boleh ditinggalkan dan pesakit perlu
mengambil lebih protein dan fiber seperti telur, ikan dan ayam.
Menu
sarapan bagi wanita adalah sebiji telur separuh masak, dua keping roti
berserat, buah-buahan, milo atau susu dengan oat. Manakala bagi lelaki
pula adalah sebiji telur separuh masak, tiga hingga empat keping roti
berserat, buah-buahan, milo atau susu dengan oat.
Bagi makan
tengahari pula, ambil 1/3 nasi, 1/3 ikan, ayam atau daging dan 1/3
sayur-sayuran serta sebiji atau sehiris buah-buahan.
Sementara makan malam lebih kurang sama dengan makan tengahari.
Bagaimanapun
diet ini perlu diubah mengikut tahap kesihatan seseorang seperti
diabetes, pesakit jantung dan penyakit kronik lain.
"Perlu
diingat, pastikan waktu makan setiap hari adalah lebih kurang sama.
Bermula dengan sarapan pukul 7 hingga 9 pagi, makan tengahari pada pukul
12.30 hingga 2.30 petang dan makan malam seelok-eloknya empat jam
sebelum tidur atau sebelum pukul 8 malam," katanya.
Dr.
Nursyamimi berkata, diet tanpa senaman atau dikatakan sebagai 'yo-yo
diet' biasanya akan menyebabkan berat badan turun naik mendadak kerana
kehilangan otot.
Diet ini menggunakan otot untuk ditukar kepada tenaga kerana otot dua kali lebih berat berbanding lemak.
"Diet sebegini amat tidak digalakkan," katanya.
Mereka
yang mengamalkan diet berkenaan mempunyai risiko bertambah berat badan
dua kali ganda, kerosakan buah pinggang, haid tidak teratur, mood tidak
betul, tekanan darah tidak stabil dan paras gula dalam darah menurun
sehingga kadang-kala boleh pengsan.
Biasanya penurunan berat badan yang ideal adalah 10 peratus dalam tempoh enam bulan.
Diet
paling popular sekarang adalah pengambilan protein tinggi dan rendah
karbohidrat tetapi diet ini tidak boleh diambil berterusan kerana akan
memberikan kesan kepada buah pinggang.
"Biasanya ia hanya
dilakukan selama 60 hari dan diikuti dengan senaman seperti berenang,
berbasikal atau joging mengikut kesesuaian," katanya.
Dalam tujuh seminggu, pastikan lima hari dengan masakan bakar, kukus atau sup sementara hari lain dengan goreng atau bersantan.
Mengenai
pusat pelangsingan badan, pil penyerap dan membakar lemak serta teh
herba, Nursyamimi berkata, ia hanya akan berkesan jika menjaga pemakanan
selain senaman.
Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah pembuangan air atau menyerap semua lemak yang ada dalam badan.
"Kadang-kala
kita rasa lapar tetapi sebenarnya kita hanya dahaga. Jadi pastikan sama
ada kita benar-benar lapar dengan meminum air," katanya.
Beliau
menasihatkan mereka yang ingin mengawal berat badan agar menjalani
pemeriksaan kesihatan sebelum bertemu dengan pakar pemakanan bagi
mendapatkan diet yang betul.
"Ini kerana diet berlainan bagi individu mengikut tahap kesihatan masing-masing," katanya.
Sumber: Utusan
Saturday, March 9, 2013
Pump it up beach body
Fiona Fegan Body Slimming Yoga Dance
Sudah 2 minggu aku mengamalkan DVD ni,.. PUMP IT UP BODY BEACH by Fiona fegan ni. walaupun asalnye masa nak beli tu berbelah bahagi antara pump it up fiona dengan deanne berry tapi last aku try fiona fegan ni... seminggu khas untuk menghafal step...
Walaupun pakaian agak sakit mate menengoknye (ahaks) nama pun beach body. tapi memula buat tu cam biasa2 je je sebab tak pernah buat,.. tapi selepas seminggu buat seronok plak (act mana pernah ada DVD yg aku kata tak best pun) tapi kalau dah buat tu mmg seronok je cume lagu dia je tak berapa nak best,.. susah nak dapat feel,.. tapi sebab antara beberapa senaman yg aku dah buat ini paling senang... ye senang sebab yoga... see aku ulang lagi sekali sebab yoga...
untuk memudahkan korang nak membelek ape yg ada dalam DVD fiona ni aku bagi link kat korang klik kat sini : http://www.youtube.com/watch?v=6btHDBQXer4
full vedio tau durasi selama 58 minit....
Sebab ape aku kata senang? sebab yoga ni banyak regangan,... walaupun dia ada senaman campur2 step cha cha n mamba tapi still banyak regangan dann kekadang aku rasa belly dance pun dia sumbat sekali.. bagi yg berperut boroy cam aku ni akakakak boleh la cari or korang klik je link kat atas tu buat depan komputer korang,... senang je beb senam ni tapi mmg gile kaw2 dia bagi. jangan lupe utk jaga pernafasan sbb pernafasan ni mempercepatkan lagi metabolisme badan dan membakar kalori dan lemak dengan efektif. try la mudah dan masa pun tak panjang sejam je... korang nak kurus tak? buat lah aku pun tgh usaha lagi setelah beranak 5... kena anak last ni kan cam takde due date sooo lambattt sangat rasanya nak jatuh berat tu.. tak pe usaha tangga kejayaan...
WARNING : kepada sesapa yg rasa malu tu make sure takde org kat umah masa buat SEBAB part yg seksi meksi tu (bab PUMP) boleh menyebabkan digelak atau dikutuk.... wakakakakakakak tapi aku slumber badak je depan anak n laki aku korang nak kata huduh ke buruk ke aku pedulik hape janji aku senam.....
Selamat mencuba..........

Labels:
senamrobik
Monday, March 4, 2013
Cara Paling Pantas Mengajar Anak Membaca
BACALAH ANAKKU
Jika ada yang bertanya macam mana nak ajo anak membaca dengan cepat,.. biasanye akan diusulkan set BACALAH ANAKKU SIRI CEPAT MEMBACA kerana sistemnya sangat mudah untuk budak2 ni paham. first at all (eceh) tak pernah mengajo anak kenal huruf, bukan salah pun kenalkan anak dengan alphabet tapi akan menyukarkan teknik pengajaran kemudian hari. Memandangkan set BACALAH ANAKKU pertama aku adalah hasil pemberian mama-ku memang betul2 berkesan hanya 6bulan pengajaran secara tetap walaupun tak konsisten.
Bagi sesapa yg ada banyak masa kat umah, bolehlah mulakan dengan bacaan al-quran. kerana Al-Quran anak2 akan lebih mudah mengadaptasikan ilmu kepada bahasa2 lain. Tapi memandangkan aku ni selalu banyak benda nak buat walaupun surirumah sepenuh masa jadi terus jelah ngajo membaca bahasa dan inggeris sebab nak sekolah kan,.. takde la cikgu susah nak ngajo. Al-Quran penting jugak cumenye hehehe boleh la di selang selikan. Biasanya anak2 anugerah ALLAH ini sangat bijak dan mudah menerima walaupun kita mengajar 4 subjek serentak.
Siri Cepat Membaca
Bacalah Anakku
Read Easy
Read Easy phonics
Al-furqan tahap 1
mengajar basic bagi tahap 1 dan tahap 2 pembelajaran semakin tinggi seperti menguasai pelbagai bentuk kemahirian membaca al-quran, kemahiran tilawah, tartil, dah tajwid secara teori dan amali, hafalan bacaan dan ayat2 Al-Quran yang utama.... biasa terus naik iqra'... takde plak membeli tahap 2 ni hehehe...
SO,.. last sekali yang saya gunakan adalah set siri membaca cepat
Ibu Ajarku Jawi, (jawi bersistematik)
bagi ibubapa diluar sana yang mahu memudahkan kerja para guru di sekolah dan menyenangkan kita kerana bila dah tahu membaca ni mudah untuk anak2 tahu hanya dengan membaca, tak perlu la lagi menjawab soalan demi soalan.. (ni anak aku la) pantang jumpa tulisan habis suruh baca. yg halus2 pun suh aku baca aje bulo bijik mate...
ibubapa, selamat berjaya. Didik anak sedari awal membantu kita pada masa akan datang. TQ
Subscribe to:
Posts (Atom)