Sunday, January 27, 2013

BBIM Parent Conference

BBIM Parent conference di PICC

             Pada 19 Januari 2013 kitaorg pergi la join persidangan untuk parent yg mana hantar anak bersekolah kat BBIM. Untuk tau lebih lanjut pasal sekolah, pasal sapa yg membinanya, dan seluruhnye tentang sekolah ni

             ini merupakan pertama kali persidangan di anjurkan BBIM sejak dibuka pada tahun 2010. begitu excited rasanya nak menghadiri persidangan tambahan pula buat di Putrajaya International Convention Centre... alah pusat konvensyen lah. Ada dua sesi... satu sebelah pagi 9am-12am sesi ke2 2pm-6pm. So kitaorg decide amik sebelah pagi supaya tidak terkocoh2 berebut nak solat zohor dan asar kerana putrajaya bukan lah dekat sangat. walaupun rumahku sebelah guthrie hiway tapi hampir2 45minit jugak nak sampai sana (kelajuan biasa).

              Anak2 aku tinggalkan semua pada aunties BBIM yang memang disediakan untuk parent yang takde sesiapa nak jagakan anak sewaktu persidangan plus,.. tak nak la ganggu org lain tgh kusyuk dengar ape yg nak disampaikan. walaupun setelah 3jam ada anak2 yg mula merengek,.. menjerit kerana keletihan. Tapi aku gamble je tinggal si kecik dengan aunties kerana aku percaya aunties BBIM sangat terlatih dan tahu mengawal situasi. (anak2 ku mana pernah tinggal nurseri seumur hidup). kena pula 4 hero yg umur dekat2 dan sangat maklum begitu aktif dan suke berlari!!! tanpa gadget dan permainan aku tekad tinggalkan semua di bawah jagaan aunties....

               Persidangan bermula agak lewat hampir 25minit kerana ramai ibubapa masih tengah mendaftar. sementara tu kitaorg bacalah risalah yg dibuat kemas dan cantik tentang CEO BBIM tentang konsep,.. tentang sistem dll. salah seorangnya Dato' Zainal bekas CEO proton. Tak nak cerita tentang ape yang disampaikan sewaktu sepanjang persidangan kerana vedio itu akan diupload ke youtube.

                Ape yg aku nak cakapkan di sini ialah ..... pertama, aku tak sesal sedikit pun menghantar anak aku walaupun kewangan tidaklah berapa baik. Ini kerana sistem BBIM lebih kepada mendidik bukan mengajar. sebab itu mereka tidak menggelar diri mereka teacher.... anak2 panggil aunties or uncle kerana mahu anak2 itu sebahagian daripada keluarga... keduanya, BBIM tidak di francaiskan ini menunjukkan mereka akan turun padang dan sentiasa meeting untuk mengetahui hal ehwal anak2 yg berada di bawah BBIM. Ketiganya,... sedikit gembira dan bertambah la kepercayaan terhadap sekolah kerana sepenuhnya hal solat sangat dijaga dan supplier makanan juga dititik beratkan tidak seperti sekolah2 yang telah disebut dimana antaranya sekolah yg sangat terkenal... kerana sumber makanannye disahkan tidak halal. Jadi macam mana kita nak mendidik anak2 menjadi anak yg soleh/solehah jika makanan yg diberikan tidak halal?

                Kepada sesiapa yang tidak menghadirkan diri masa tu memang rugi,... bagi aku ia macam sesi kaunseling, selain kita melihat2 balik diri kita n cara kita mendidik anak di rumah plus,.......... macam brain wash jugak la. Ada penyediaan vedio2 motivasi yang mana kebanyakkan ibubapa menitis air mata melihat vedio yg disediakan termasuk la kitaorg (aku la yg lebih2 nangisnye) sebab very touching vedio...

                Jadi parent conference ni memberikan kitaorg sedikit gambaran bagaimana anak2 kami di didik mendisplinkan diri. walaupun diaorg kata kalau nak didikan ini efektif pada anak, kena amik star (8am-3pm) kerana waktu pembelajaran lebih panjang. Tapi takpe atas nawaitu kitaorg nak yang baik walaupun pendek waktunya In sya ALLAH....... kerana tujuan utama kitaorg anto kat situ medium language yg digunakan. Anak kitaorg yg no2 dan 3 mmg fully english without training. all they learn is from TV... so kitaorg ni english pun tak la hebat BRITISH COUNCIL level ahaks... lavel kitaorg lavel chap ayam je.

                Persidangan tamat jam 1.30pm itu pun diaorg duk rushing bagi perabih semua maklumat yg nak disampaikan. overall memang bagus sangat program seperti ini. dan minggu berikutnya KLINIK KELUARGA dibuka utk BBIM parent yg berminat nak join pada 26hb januari 2013 (sabtu) berlansung di DEWAN MUKTAMAR dimana aku tidak dapat pergi kerana Hubby Hero kerja dan takde sape nak jaga anak kitaorg. klinik keluarga kali ini tidak disediakan nurseri.

                Entry kali ni tidaklah disertakan gambar kerana malu nak amik gambar dalam bilik sidang yg besar tu. takpelah kalau ada sesapa yg upload di blog aku akan curi la hahahahahahha.... dan jika vedio penuh sepanjang persidangan tu sudah di upload aku akan share la bagi sesiapa yg berminat...